Social Icons

Assalamualaikum

Alhamdullilah setelah diteliti dan di undi, secara rasminya kami telah memilih sebuah logo sumbangan kreatif oleh ahli kita, diucapkan terima kasih di atas kerjasama.

Kami akan membuat satu undian tarikh dan tempat untuk bermesyuarat dalam bulan Februari ini dan di harap ahli dapat memilih tarikh & tempat yang paling sesuai untuk hadir. Harus di ingatkan bahawa " AHLI PERLU HADIR UNTUK TANDATANGAN BORANG  & MEMBAYAR YURAN KEAHLIAN" untuk melengkapkan pendaftaran sebagai ahli persatuan.

Kami bercadang untuk mewujudkan satu mekanisma pecalonan calon melalui online. Ahli di beri peluang untuk memilih sendiri siapa yang sesuai untuk jawatan tertinggi dan AJK² kerja untuk menubuhkan persatuan ini. kami akan membuka pencalonan tersebut selepas tarikh dan tempat mesyuarat telah di tetapkan. Di harap dengan cara ini ahli dapat melantik calon yang di rasa sesuai untuk kerja penubuhan persatuan ini.

Secara dasarnya, kami telah bercadang untuk menetapkan yuran keahlian tahunan sebanyak RM20 dan bayaran pendaftaran sebanyak RM30 (sekali seumur hidup). Namun jumlah ini tertakluk kepada perubahan ketika bermesyuarat nanti.

Kami dengan ini akan publish perlembagaan yang lengkap termasuk, keistimewaan yang akan ahli dapat sekiranya menjadi ahli persatuan dan di harap segala cadangan dan penambah baikan dapat di cadangkan untuk kesesuaian fasal tersebut. Sebarang cadangan dan komen boleh di panjang kan ke email kjtkpp@gmail.com.

Di bawah ini kami bentangkan bendera, logo beserta makna simbol yang telah di pilih untuk tatapan ahli.
Bersama kita terus bersatu dan terus bekerja sama.

"nothing is impossible"

admin

BENDERA




LOGO



Warna biru melambangkan warga (PENCTAS) yang mahir dalam bidang teknikal sistem ICT yang berteknologi tinggi.

Warna Hitam melambangkan warga (PENCTAS) yang punyai semangat bersaing, komited, berdedikasi dan professional.

Warna kuning melambangkan kesetiaan, kejujuran dan berakhlak tinggi dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan.

Warna putih pula melambangkan ikatan ukhwah yang rapat sesama ahli  untuk melahirkan insan yang berketerampilan, berjati diri tinggi dan bersifat profesional.

Simbol berbentuk Jambatan Pulau Pinang adalah melambangkan ahli adalah terdiri daripada pegawai yang berkhidmat di seluruh Pulau Pinang


Simbol 2 orang berenang bermaksud ahli simbolik ahli bersedia menerima cabaran mendatang dan arus teknologi yang mencabar.


Simbol komputer adalah asas kepada perkhidmatan setiap ahli yang merupakan seorang Juruteknik Komputer yang mahir.


Nota: Logo adalah sumbangan kreatif dari Encik Mohd Azlan bin Md Fadzil dan Sang Saka Malaya 

0 comments:

Post a Comment

Pesanan

Pihak Webmaster tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.