Social Icons

Sijil Pendaftaran ROS

Assalamualaikum semua ahli..

       Tanggal 16hb Mac 2012 adalah tarikh bersejarah bagi kita di mana pada tarikh ini tercatatnya satu penubuhan persatuan kita untuk semua juruteknik-juruteknik di Pulau Pinang. Alhamdullilah, AJK penaja yang di lantik sangat komited bekerjasama untuk memastikan pendaftaran ini suatu realiti. Maka pada tanggal tarikh tersebuat sebuah persatuan yg di beri nama PERSATUAN JURUTEKNIK KOMPUTER PULAU PINANG (PENCTAS) terlah di daftarkan dengan no pendaftaran ROS (0566-12-PPG). Maka dengan ini persatuan telah SAH disisi undang-undang dan boleh melakukan aktiviti dengan sah.

Sijil seperti gambar dibawah :



          Menjadi objektif penubuhan PENCTAS, selain dr mengadakan aktiviti ilmu, permainan, amal & sebagainya, kami berazam untuk membantu menubuhkan sebuah kesatuan sekerja di peringkat kebangsaan. ini adalah bertujuan untuk melaksanakan program utk JTK dengan lebih luas lagi serta mudah untuk persatuan bersuara di peringkat yang lebih tinggi. Kami sangat berharap dapat bekerjasama dengan persatuan-persatuan di negeri lain untuk tujuan tersebut.

          Untuk pengetahuan semua, kami ingin mengumpulkan sedang meraka utk mempromosikan persatuan ini agak di ketahui umum. kepada sesiapa yang berminat menjadi ahli. Sila klik di Borang keahlian, kami akan guide anda cara-cara untuk mendaftar. jika ada masalah atau pertanyaan boleh sms 0174312230 (Azrul) personally.

        Di harap ahli2 dr pulau pinang mahupun di seluruh malaysia menyokong persatuan ini dengan harapan dan iltizam untuk membangunkan skim FT17 agar lebih di hormati dan lebih konpetetif dengan skim lain.
Moga Allah permudahkan dan berkati urusan kita, InsyaAllah.

Sekian Terima Kasih

"Nothing is impossible"

Presiden
   
KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP PENCTAS

Tempat: Megalane, Megamall 
Tarikh: 28/4/2012
Masa: 3.00PM
Yuran Penyertaan: RM25 (3 game)


** Handicap 5pin/game untuk wanita.


Syarat²:
  • Terbuka untuk semua ahli² dan pasangannya.
  • Ahli bersekutu juga layak untuk sertai.


Hadiah²
  • Hingga tempat ke 5
  • sekiranya 5 teratas di menangi oleh lelaki, maka hadiah no 5 akan diberikan kepada peserta wanita yang mempunyai jatuhan pin yang tertinggi.
  • Sekiranya penyertaan menggalakkan, hadiah akan ditambah.


*** Pendaftaran untuk keahlian PENCTAS juga akan di buka pada hari tersebut, jadi ambilah kesempatan ini untuk melengkapkan keahlian dengan membayar yuran persatuan.

Marilah kita bersama-sama beriadah untuk mengiratkan silaturahim dikalangan ahli PENCTAS dan JTK ... InsyAllah..

sekian terima kasih



KAEDAH UNTUK MEMBAYAR YURAN 

Kepada ahli yang telah mengisi borang online dari blog ini dan tidak dapat hadir ke mesyuarat baru² ini sila buat bayaran melalui cara tersebut. Ini adalah sementara sebelum akaun persatuan dapat di buat secara rasmi.

Kadar yuran : RM30 untuk pendaftaran , RM20 untuk yuran tahunan , JUMLAH = RM50

No. Akaun: 07140107316522 CIMB (MUHAMAD AZRUL BIN AZMI)

Kaedah membayar: Melalui www.cimbclicks.com.my atau CDM machine

Resit: Sila simpan slip bayaran sekiranya melalui CDM dan emailkan reference nombor ke email persatuan, sekiranya buat bayaran melalui internet banking sila masukkan email persatuan untuk rujukan masa membuat "transfer".

Email : kjtkpp@gmail.com

Untuk makluman, semua kutipan melalui akaun ini akan di serahkan kepada bendahari dan saya hanya menggunakan akaun saya untuk permudahkan bayaran sahaja.

Apabila persatuan sudah mempunyai kelulusan dan sijil, maka 1 akaun persatuan akan di buat dan simpanan dan urus selia wang hanya akan di lakukan pd akaun tersebut. 

Di harap mendapat kerjasama semua. Semua yuran yang di kutip adalah untuk aktiviti² persatuan kita akan datang. 

Sekian Terima Kasih

AZRUL

Pesanan

Pihak Webmaster tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.