Social Icons

FUTSAL PENCTAS TEAM KIT

Demi merialisasikan sebuah team FUTSAL PENCTAS, buat permulaan semua player akan menyarung jersi berwarna biru yang ber"cop" PENCTAS di hadapannya. Ini akan memberi keseragaman untuk team ini di samping dapat menaikkan lagi semangat di kalangan pemain.



Pihak pengurusan team akan berusaha untuk mengadakan siri perlawanan persahabatan bersama team-team yang berminat. InsyaAllah jika sekiranya team telah serasi, matang dan bersedia. kami akan membawa team ini ke dalam pertandingan (tournament) pula.

Gambar hiasan


Harap JTK-JTK dari negeri pulau pinang yang ingin bermain bersama , sila turun di even training kami yang akan di maklumkan dari masa kesemasa. Objektifnya adalah untuk kita terus mengikat tali sillaturahim dan bersukan mengeluarkan peluh demi kesihatan.



Moga FUTSAL PENCTAS akan maju dan dapat sokongan dari semua pihak. InsyaAllah

"nothing is impossible"

~admin~

CUEPACS - JANGAN SIMPAN PEKERJA MALAS


KOTA BHARU 9 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyarankan agensi dan jabatan kerajaan tidak 'menyimpan' penjawat awam yang dikatakan berdepan dengan masalah suka ponteng kerja.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, dianggarkan terdapat antara 15,000 hingga 18,000 kakitangan awam berdepan masalah tersebut dan mereka sukar dikenakan tindakan berdasarkan peraturan sedia ada.

Menurutnya, walaupun jumlah mereka kecil berbanding sejumlah lebih 1.2 juta penjawat awam, tindakan pekerja terbabit yang datang bekerja dan punch card tetapi bersikap 'sekejap ada, sekejap tidak ada' boleh mendatangkan masalah kepada majikan.Justeru, katanya, tindakan perlu diambil terhadap pekerja terbabit bagi memastikan sektor awam yang kini dalam proses transformasi dan penambahbaikan dapat memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat.
"Kita tidak mahu buang mereka secara drastik kerana nanti teraniaya pula sebab mereka sudah mempunyai keluarga dan ada hutang. Jadi, kalau boleh dipanggil, hantar kursus motivasi. Kalau tidak boleh juga, dicadang suruh dia bersara awal."Jika degil dan tidak mahu juga serta melakukan kesalahan yang sama sampai jabatan pun susah, elok dia dikenakan tindakan tatatertib,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pembantu Pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengurus Besar KADA, Ibrahim Mat.Menurut Omar, semua pihak mahu penjawat awam yang efisien kerana hanya dengan itu kehadiran mereka dapat dirasai dan diperlukan lebih-lebih lagi tempoh perkhidmatan telah dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.
"CUEPACS juga tidak mahu dituduh bersubahat dengan orang seperti itu," katanyaBeliau berkata, sikap dan masalah kakitangan tersebut sebenarnya boleh diatasi dengan menghantar mereka berkursus, namun apa yang berlaku ialah pihak majikan kerap bersikap tidak ambil kisah terhadap pekerja terbabit.

Sehubungan itu, katanya, dalam 'roadshow' CUEPACS, pihaknya telah meminta jabatan dan agensi kerajaan supaya jangan menyimpan penjawat awam seperti itu.Dalam pada itu, Omar memberitahu, tidak ada penjawat awam yang dilaporkan terlibat dalam tindakan memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang semasa Himpunan Janji Bersih pada malam 30 Ogos lalu.

Utusan Malaysia

CUEPACS - BELANJAWAN: PENJAWAT AWAM SEDIA KERJA LEBIH WAKTU JIKA TUNTUTAN DIPENUHI

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata lebih 1.4 juta penjawat awam sedia bekerja lebih masa jika 70 peratus daripada enam cadangannya dilulus kerajaan dalam Belanjawan 2013.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata penjawat awam akan bekerja lebih masa selama 30 minit tanpa ganjaran jika tuntutan mereka termasuk penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) diterima kerajaan.

"Cuepacs akan pastikan penjawat awam akan melakukan satu perubahan drastik dari segi budaya bekerja, kalau boleh kita datang 15 minit awal dan balik lewat 15 minit yang merupakan komitmen daripada penjawat awam bagi menghargai jasa kerajaan meluluskan tuntutan tersebut," katanya kepada pemberita Rabu.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Cuepacs ke-9 di sini, berkata penjawat awam masih menunggu perubahan dan penambahbaikan ke atas SSM setelah diumumkan pada 8 Mac lepas, susulan pembatalan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.

Tuntutan lain ialah penyelesaian isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan; projek perumahan di bawah harga RM135,000 dalam kawasan bandar; menaikkan imbuhan tetap perumahan; kedudukan status 45,000 penjawat awam berstatus kontrak; bonus dua bulan gaji dan mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat.

-- BERNAMA

FAIL MEJA


    Fail Meja bermula pada tahun 1991 dengan adanya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991: Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja. Untuk maklumat lanjut sila rujuk PKPK bil. 8 tahun1991.
Objektif diwujudkan Fail Meja adalah untuk membantu pegawai/ staf menjalankan tugasan dengan lancar dan cekap. Ia juga dapat memudah dan mempercepatkan proses pembelajaran dan penyesuaian kerja bagi orang baru.

    Fail Meja menjadi dokumen rujukan utama pegawai/ staf dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Oleh itu setiap jawatan mempunyai satu (1) Fail Meja yang tersendiri. Jika organisasi kita mempunyai 74 jawatan (daripada bos besar hingga ke pemandu), bermakna organisasi kita mesti ada 74 Fail Meja yang sama tetapi tak serupa.


     Fail Meja perlu sentiasa dikaji semula daripada semasa ke semasa, sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali. Ia juga perlu dibuat pengemaskinian jika ada perubahan proses atau tugas baru. Hal ini perlu dilakukan supaya Fail Meja relevan dan sesuai dijadikan dokumen rujukan utama bagi pegawai/ staf pada setiap masa.

    Fail Meja perlu diserahkan apabila pegawai/ staf berkenaan akan bertukar keluar daripada sesuatu jabatan. Ini kerana Fail Meja itu akan digunakan oleh pegawai/ staf yang baru lapor diri atau mengambil alih jawatan itu.

    Oleh itu Fail Meja tidak boleh bersifat terlalu peribadi kepada seseorang. Ia personalizekepada jawatan, bukannya individu. Pada pandangan Bonda, hari pertama seseorang lapor diri, Fail Meja jawatan itu mesti diserahkan kepadanya dan dia mesti study Fail Meja itu.



     Berikut  adalah elemen-elemen asas fail meja dan  merupakan satu-satunya rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia di rangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang pegawai. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama iaitu:

  1.  Objektif jabatan dan pejabat, sama seperti Manual Prosedur Kerja
  2.  Objektif jabatan atau unit dalam jabatan/pejabat
  3. Carta organisasi Jabatan/pejabat, sama seperti Manual Prosedur Kerja.
  4.   Senarai Tugas/kuasa dan gubungan pegawai dengan pegawai-pegawai lain.
  5.  Carta organisasi Bahagian/unit; menhelaskan kedudukan setiap anggota dan tugas masing-masing.
  6.  Peraturan-peraturan pentadbiran untuk setiap aktiviti/tugas.
  7.   Proses kerja untuk aktiviti yang berkaitan dengan pegawai.
  8.  Carta aliran kerja menjelaskan tundakan-tindakan secara sistematik.
  9.  Senarai semak berbentok sialan, rangkai kata atau pertanyaan peringatan untuk menyemak tindakan-tindakan yang di ambil.
  10.  Borang-borang yang berkaitan dengan tugas pegawai dan panduan menggunakannya.
  11.  Senarai undang-undang dan peraturan untuk di rujukan supaya tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.
  12. Senarai jawatankuasa yang di anggotai oleh pegawai yang berkenaan.
  13.  Norma kerja yang menjelaskan tahap prestasi untuk menilai pencapaian produktiviti.
  14.  Senarai tugas harian dengan tujuan mengingatkan aktiviti-aktiviti yang perlu dirancang dan di laksanakan mengikut jadual.

Contoh Fail meja boleh di muat turun di link ini.





NOTIS FUTSAL PENCTAS 2.0

Salam warga PENCTAS dan JTK semua..

   Suka cita di umumkan futsal PENCTAS akan berlangsung seperti berikut:

        Tarikh: 13/9/2012
        Masa: 8.00PM
         Tempat : Safira Sport Planet, Seberang Jaya


   Sesi kali ini lebih kepada training dan mencari keserasian antara player. Harap semua dapat turun beramai-ramai. InsyaAllah PENCTAS akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Team JTK dari PERAK.

   Sekian Terima Kasih
   Presiden


~Nothing is impossible~




Bagaimana GPS berfungsi?


satellite

GPS atau Global Positioning System adalah sistem penunjuk arah bersatelit (satellite-based navigation), merupakan rangkaian satelit 24 jam yang beredar di orbit yang dilancarkan oleh Kementerian Pertahanan Amerika. Tujuan asal GPS ialah untuk kegunaan ketenteraan pada era 80an, tetapi hari ini kegunaannya dibuka kepada orang awam. GPS berfungsi dalam apa jua keadaan cuaca, dimana-mana sahaja di dunia ini dan berfungsi 24 jam sehari. Tidak ada sebarang cas dikenakan terhadap penggunaan GPS.


GPS Screens

GPS untuk kenderaan telah direkacipta untuk kemudahan pemandu-pemandu kereta mencari arah dan tempat yang dituju. Sistem mencari arah kenderaan menggunakan GPS adalah untuk memperolehi data supaya dapat menentukan kedudukan pengguna atau pemandu pada peta elektronik. GPS akan memberi arahan ke lokasi lain yang ditunjukkan dalam peta elektronik tersebut.



Bagaimana GPS berfungsi ? Satelit GPS beredar mengelilingi bumi dua kali sehari dalam orbit yang tepat dan memancarkan isyarat maklumat ke bumi. Penerima GPS mengambil maklumat ini dan mengira kedudukan tepat pengguna GPS berdasarkan kedudukan latitut dan longitut.

Satellite Diagram

Pada dasarnya, penerima GPS membandingkan masa isyarat dihantar oleh satelit dengan masa isyarat diterima. Perbezaan masa menerangkan kepada penerima GPS berapa jauh kedudukan satelit. Oleh itu, dengan ukuran jarak daripada beberapa satelit lagi, penerima GPS boleh menentukan kedudukan pengguna GPS dan mempamerkan kedudukan pengguna pada peta elektronik.

Penerima GPS mesti memasang pengesan isyarat dari sekurang-kurangnya tiga satelit untuk mengira posisi 2D (latitut dan longitut) dan landasan pergerakan. Dengan tiga atau empat satelit, penerima isyarat boleh menentukan posisi 3D pengguna (latitut, longitut dan altitut). Apabila kedudukan pengguna ditentukan, unit GPS dapat memberi maklumat yang lain seperti kelajuan, bearing, landasan, jarak perjalanan, jarak destinasi, masa matahari terbit dan terbenam dan pelbagai maklumat yang lain.

Windows 8 akan dilancarkan pada 26 Oktober 2012





Setelah beberapa versi pra-pelancaran dilakukan pada Windows 8,Windows 8 dijangkakan akan dilancarkan pada26 oktober 2012.Versi-versi pra-pelancaran sebelum ini ialah Developer Preview (September 13, 2011), Consumer Preview (February 29, 2012), and Release Preview (May 31, 2012).
Windows 8 dibangunkan berdasarkan Metro design language,terdapat beberapa fungsi-fungsi terbaru dan tambahan yang terdapat pada Windows 8,antaranya ialah Internet Explorer 10,fungsi start screen terbaru,Windows Defender lengkap dengan fungsi tambahan terkini,sokongan terhadap USB 3.0,Windows To Go dan banyak lagi.
Terdapat empat edisi utama yang ada pada Windows 8 iaitu Windows 8, Windows 8 Pro, Windows 8 Enterprise, dan Windows RT.Tiga edisi utama iaitu Windows 8, Windows 8 Pro dan Windows 8 Enterprise boleh dipasangkan pada komputer-komputer yang dapat menyokong sistem operasi Windows 7 sebelum ini.


PENCTAS KESAL DENGAN PERBUATAN MENGGODAM LAMAN-LAMAN WEB KERAJAAN


     Persatuan Juruteknik Komputer Pulau Pinang (PENCTAS) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir penggodam yg menggodam laman - laman web kerajaan. 

     PENCTAS menganggap perbuatan ini satu yang menyalahi tatacara penggunaan internet yang beretika , melanggar hak privacy/keselamatan kerana menyebabkan kerosakan ke atas laman web tersebut sekaligus membantutkan pengoperasian dan aplikasi di laman web tersebut.. Lebih menyedihkan, aktiviti ini bukan sahaja dilakukan oleh penggodam negara luar, tetapi ia sudah bertapak di negara ini. Jika perkara ini tidak di bendung dari awal, ianya akan berleluasa.

     PENCTAS merasa kesal dengan apa yang terjadi dan menasihati agar ahli-ahli  tidak melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini.
PENCTAS juga bersetuju  jika tindakan yang setimpal di kenakan oleh pihak berwajib apabila tertangkapnya penggodam-penggodam tersebut. Ini dapat menjadi teladan dan pengajaran kepada yang lain.


     Justeru, PENCTAS mengharap penguatkuasaan dan hukuman yang lebih ketat di kenakan kepada penggodam yang telah memberi implikasi buruk kepada perjalanan pengurusan maya kerajaan dan sekiranya ia  tidak di bendung dari sekarang PENCTAS bimbang perlakuan penggodam-penggodam ini akan semakin berani.

    Akhir sekali PENCTAS sangat berharap agar masyarakat melatih diri dengan cara penggunaan internet yg baik dan di bekalkan dengan cara penggunaan demi keselamatan dan kemudahan semua pengguna. Pengunaaan ICT hari ini telah menjadi sebahagian daripada hidup dalam perhubungan seharian, jadi sama-samalah kita menggunakannya secara bijak dan berhemah.

~ICT Pemangkin Generasi Bestari~

Pesanan

Pihak Webmaster tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.