Social Icons

Assalamualaikum..

      Alhamdullilah, kami telah mendapat penyertaan ahli yang agak menggalakkan sejak akhir-akhir ini, diharap semua ahli yang mendaftar dapat memberi komintmen untuk menubuhkan satu persatuan demi semua juruteknik-juruteknik di seluruh Pulau Pinang.
      Adalah menjadi harapan kami, bukan sekadar JTK² dari KPM sahaja yang menyertai persatuan ini. JTK² dr jabatan-jabatan lain juga di alu-alukan mendaftar. Biarpun kita berlainan jabatan tetapi hakikatnya kita sama dari segi tugas dan kelayakan dan perlu perjuangkan apa saja keperluan JTK di peringkat yang lebih tinggi.
      Untuk infomasi semua ahli, kami akan mengadakan mesyuarat AJK penaja sebelum menubuhkan satu organisasi yg di panggil "Persatuan Juruteknik Komputer Pulau Pinang" dan akan berdaftar dengan Pendaftar Petubuhan (ROS). Kami akan memanggil mesyuarat sedikit masa lagi.
      InsyaAllah, moga di permudahkan olehNya, kita sama-sama membantu dan memberi kerjasama untuk merealisasikan perkara ini. Marilah kita bersatu untuk suara yang lebih lantang di peringkat lebih tinggi.

Kami mengalu-alukan komen berguna yang boleh di tulis terus di dalam blog ini atau melalui email kjtkpp@gmail.com.

"nothing is imppossible"

admin

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana sudi melawat blog Juruteknik Komputer Pulau Pinang..

Saya sebagai admin mengalu²kan sebarang cadangan & komen demi mempertingkatkan mutu penyampaian di blog ini. Adalah menjadi matlamat kami agar dapat berkongsi informasi, makluman & panduan mengenai kelab/persatuan amnya dan untuk Juruteknik umumnya.

Kami sekarang sedang mengumpul seramai ahli yang boleh untuk mendaftar persatuan ini agar menjadi sah di sisi undang-undang. Jadi saya meminta jasa baik semua untuk mengisi borang pendaftaran ahli.

Sebarang pertanyaan, maklumbalas, cadangan atau komen boleh dipanjangkan di email kjtkpp@gmail.com yang akan di kawal selia oleh saudara khairol Rijal (odai) & Zamani (manai tantari) sebagai admin/moderator.

Teruskan membantu dan bekerjasama demi kebaikan semua JTK diseluruh Pulau Pinang & seterusnya seluruh Malaysia.

"nothing is imppossible"

Sekian,
Azrul

Aktiviti 2012: PaintBall

Aktiviti 2012: PaintBall
 Tempat: Kick Off Paintball, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tarikh: 18 Januari 2012
Masa: 4.00 ptg - 6.00 ptg

 Aktiviti kelab yang pertama untuk tahun 2012 telah berjaya dijalankan dengan kehadiran 10 orang. Setelah menerima maklum balas yang baik dari ahli kelab yang hadir, pihak admin akan menjalankan lagi aktiviti ini di masa hadapan dan akan diusahakan untuk dijadikan aktiviti bulanan kelab.




















Kelab juruteknik komputer pulau pinang di tubuhkan pada 25/4/2010.
Mesyuarat pertama telah dilakukan di SMK Abdullah Munshi pada 25/4/2010, di hadiri oleh ahli seramai 14 orang.

minit mesyuarat Persatuan Juruteknik Komputer Pulau Pinang kali Ke 2 di SMK ABDULLAH MUNSHI


Minit Mesyuarat Persatuan Juruteknik
Komputer Pulau Pinang ( Penaja )
tahun 2010


Tarikh : 24 april 2010
Masa : 10.30 pagi
Tempat : bilik mesyuarat s.m.k.abdullah munshi
Kehadiran : 14 orang




Assalamualaikum & salam 1 malaysia


1) Mesyuarat kali ini dimulakan dengan bacaan doa dari en.mohd izuwaun.


2) Suai kenal seorang demi seorang bagi mengeratkan lagi silaturrahim.


3) Perbincangan tentang penubuhan persatuan juruteknik komputer pulau pinang dan perbincangan ini disokong sebulat suara yang di namakan “persatuan juruteknik komputer pulau pinang (penaja)".
Dengan wujudnya persatuan ini membolehkan kita bergabung dengan juruteknik di negeri-negeri lain.


4) Perlantikan organisasi penaja :


Pengerusi : fauzan
Penolong pengerusi : nana darwina
Setiausaha : nor Sabrina
Bendahari : khairol salleh
Penolong bendahari : mohd izuwauan




5) Perlantikan ajk : ajk perlembagaan , ajk maklumat & ajk ros


Ajk perlembagaan : ashraf
Awie
Zaidi


Ajk maklumat : azrul
Faiz
Mohd faiz 


Ajk ros : mohd nor
Shah
Zambri
Ery


6) Cadangan dari semua ahli persatuan ini bagi mewujudnya pengasilan logo { logo bagi persatuan juruteknik komputer pulau pinang ( penaja ) } . Kepada sesiapa yang berminat sila lakarkan loga anda dan hantar pada facebook juruteknik komputer p.pinang . lakaran ahli – ahli semua mengalu – alukan.


7) Cadangan bagi perjumpaan persatuan yang akan datang akan dirombakkan sama ada di pulau atau di sebelah prai. Sesi ini akan akan di beritahu selanjutnya.


8) Kutipan yuran akan di minitkan pada perjumpaan selanjutnya.


Mesyuarat persatuan ditangguhkan pada jam 1.20 tengahari
Minit mesyuarat yang ke – 2 bagi 2010


………………………………………
( nor Sabrina abdul shukor )
Setiausaha pjtkpp(penaja) 2010








Pesanan

Pihak Webmaster tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.