Social Icons

KURSUS KURSUS KURSUS

      Tahun demi tahun, hari berganti hari, namun kursus tak juga kunjung tiba. Bukan untuk nak suka-suka pergi bercuti tetapi untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam bidang pekerjaan sendiri. Namun, malangnya sangat susah nak dapat kursus sekarang ni. Yelah kena bersaing dengan beberapa ribu juruteknik kat seluruh Malaysia yang jugak perlu kursus macam kita. "Maybe" JTK-JTK yang bekerja di kementerian atau jabatan lebih beruntung di bekalkan kursus yang cukup saban tahun.

      Namun, dah payah nak dapat kursus, tak semestinya kita tak perlu meningkatkan skill, kecekapan dan pengetahuan dengan cara sendiri. Kita sendiri haruslah ber initiatif untuk meningkatkan skill diri sndiri untuk menghadapi teknologi yang kian mencabar.

                                                                       Gambar Hiasan
                                                                     
     Alhamdullilah, dengan sokongan dari pihak Jabatan dan agensi-agensi lain, PENCTAS telah berupaya meringankan kekangan kursus di kalangan JTK di pulau pinang dengan menganjurkan sendiri dengan kerjasama JPNPP. BTPNPP juga banyak membantu dah berusaha memberi budget untuk kita mengadakan kursus. Kita sudah lakukan dan harap kerjasama ini akan dpt berterusan demi kebajikan JTK-JTK kita. Kursus, Bengkel, Khidmat Bantu dan Sesi Perkongsian akan terus di anjurkan oleh PENCTAS demi melahirkan JTK yang cekap, berwibawa dan berpengetahuan luas dalam bidang ICT.

       Di samping PENCTAS memberi kursus kepada JTK/Ahli sendiri, PENCTAS juga bersedia apabila dipanggil untuk memberi ilmu kepada kumpulan-kumpulan yang memerlukan. Jadi ilmu yang ahli PENCTAS dapat itu dapatlah di kongsi dengan kumpulan pegawai lain selain skim JTK FT17 sahaja.

Gambar Hiasan

     Menjadi objektif PENCTAS adalah untuk menjadi pemudah cara untuk semua ahli, andai ada cadangan, pendapat boleh emailkan kepada AJK tertinggi dan kita bersama-sama membantu untuk merialisasikan. Sebenarnya tidak ada perkara yang mustahil di lakukan, cuma perlulah dilakukan dengan cara yang betul , ikhlas dan profesional.

     Harapan PENCTAS agar semua Ahli mendapat faedah daripada polisi kami ini. Besar harapan kami agar ahli-ahli dapat membantu, bekerjasama dari segi sokongan terhadap PENCTAS secara total. Kami sangatlah berharap agar Fasilitator-Fasilitator yang akan kami lantik dalam kursus/bengkel tersebut dapat dihormati agar mereka dapat memberi ilmu dengan ikhlas kepada kita. Sesungguhnya di kalangan kita ini tentulah ada yang lebih cekap daripada si fasilitator tersebut, namun harus di hormati agar hadirin lain yang ingin belajar dapat mengikuti dengan ikhlas juga.

                                                                     Gambar Hiasan

    Allah berikan kita berjuta ilmu, dan ianya akan bercambah menjadi berjuta-juta lagi jika kita turut kongsikan. Kita antara golongan yang menjadi pencetus teknologi mestilah berani menongkah cabaran dan halangan demi mendidik anak bangsa menjadi generasi berilmu, berintelek tinggi dan mempunya jati diri yang mulia. Kita bukan sahaja mendidik diri sendiri, malah kita mendidik masyarakat.


"Tiada yang mustahil"

" PENCTAS pemankin generasi bestari"






Happy Chinese New Year

Dear viewer,

       PENCTAS wanna wish all Malaysian Chinese Happy Chinese New Year including our members, computer technicians and goverment servent. It feels good sharing all goodness and prosperity here in our beloved country and have a peace and harmony going along together. GONG XI FA CAI...

Sincerely,
Persatuan Juruteknik Komputer Pulau Pinang
PENCTAS


NOTIS MESYUARAT AGONG PENCTAS 2013 KALI-1

Assalamualaikum w.b.t semua ahli dan JTK sekalian,

     Kami dari PENCTAS, berbesar hati ingin menjemput Ahli-Ahli PENCTAS dan semua Juruteknik-Juruteknik Komputer FT17 yang bekerja di Pulau Pinang untuk hadir ke Mesyuarat Agong PENCTAS 2013. Butiran adalah seperti berikut:

     Tarikh: 26 Januari 2013
     Hari: Sabtu
     Masa: 9.00 Pagi
     Tempat: Bilik Bunga Raya, Safira Country Club, Seberang Jaya

    Pelbagai agenda telah di susun dan pendaftaran untuk ahli baru juga akan di buka. Keterangan untuk menjadi ahli , sila klik di sini.

    PENCTAS sangatlah berharap agar lebih ramai JTK-JTK dapat tampil untuk menjadi ahli sekaligus memberikan sokongan dari segi idea dan tenaga kerja demi pembangunan JTK di masa hadapan. Kami ingin mendengar usul-usul yang bernas dari ahli demi memperbaiki sistem kerja JTK kita dan seterusnya dapat menggesa penubuhan JTK di peringkat kebangsaan yang masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini.

   Kami berharap agar AGM ini dapat menjadi medan untuk melahirkan JTK yang berani dan mempunyai ciri kepimpinan untuk berjuang demi skim perkhidmatan kita. Kami sangat memerlukan sokongan anda untuk bergerak dengan mantap untuk terus bersuara lantang di persada yang lebih tinggi.

   PENCTAS berharap JTK-JTK dapat beramai-ramai datang untuk menjadi ahli dan memberi sokongan kepada PENCTAS. Jangan kita kuburkan apa yang kita dah mulai, malah kita harus suburkan demi perjuangan kita. In Syaa Allah dengan kita bersatu, kita akan lebih mudah bersuara demi skim perkhidmatan yang kita sayangi ini.

Sekian,

"nothing is Impossible"

Presiden

PERUTUSAN TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum w.b.t semua ahli PENCTAS,

       Saya mewakili barisan kepimpinan tertinggi PENCTAS ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2013" kepada semua. Moga azam 2012 kalian semua telah tercapai dan mengungkap pula azam 2013 yang baru untuk memperbaiki diri, modal insan, keluarga mahupun karier kita sebagai juruteknik komputer.

      Suka saya ingatkan ahli-ahli sekalian bahawa tugas juruteknik komputer sebenarnya lebih luas rangkumannya, tidak terbatas atas tugas hakiki sahaja tetapi inisiatif kita untuk menjadi pemankin penguasaan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang teknologi komputer. Kita mempunyai skill dan kepakaran khusus dalam bidang komputer ini dan haruslah kita manafaatkan demi pembagunan modal insan masyarakat sekeliling kita. Melalui kitalah masyarakat di bekalkan dengan pengajaran IT yang sebenar, tidak songsang dan dapat digunakan dengan berhemah dan sebaiknya.

     PENCTAS juga merakamkan jutaan terima kasih kepada PM dengan bonus 1.5 bulan pada tahun 2012. Mudah-mudahan imbuhan ini dapat di manafaatkan oleh semua JTK-JTK untuk keperluan masing-masing. Sesungguhnya ianya dapat menaikan semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih cekap.

     Azam PENCTAS tahun 2013 adalah untuk menjadikan Persatuan ini lebih di hormati dan di kenali di peringkat Pulau Pinang dan seterusnya kebangsaan. Kami juga berazam untuk berusaha menambah ahli lebih dari 150 orang menjelang tahun depan. In sya Allah dengan kerja keras AJK-AJK tertinggi PENCTAS dan sokongan tidak berbelah bahagi ahli kepada kami, kita akan cuba mencapai azam tersebut.

    Akhir sekali, marilah kita terus berusaha, mencari idea dan kesepakatan demi memajukan skim JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 yang di sayangi ini. Kami dari PENCTAS akan terus menggesa penubuhan satu badan untuk penyatuan semua JTK-JTK di peringkat kebangsaan. Moga KESATUAN JURUTEKNIK KOMPUTER MALAYSIA akan menjadi realiti yang akan menjadi platform untuk kita melantangkan suara di peringkat tertinggi. In Syaa Allah, kita akan berusaha, bersatu dan bekerjasama demi mencapai cita-cita yang tidak mustahil ini.

Sekian.

"Nothing is impossible"
"ICT pemankin generasi bestari"

Presiden PENCTAS

Pesanan

Pihak Webmaster tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.