Social Icons

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN


MINIT MESYUARAT PENUBUHAN
PERSATUAN JURUTEKNIK KOMPUTER PULAU PINANG

Tarikh :  25 FEBRUARI 2012
Masa : 10:30 PAGI
Tempat : BILIK MESYUARAT SEK KEB KUALA PERAI
Kehadiran : 34 orang

 1 MUHAMAD AZRUL BIN AZMI
2 KHAIROL BIN SALLEH
3 ZAMANI BIN JAIANI
4 NUR ASYRAF BINTI JAAFAR
5 KHAIRUL RIJAL BIN ISMAIL
6 SARMI FAEEZ BIN SHAIKH A.RAHIM
7 SYARIMAN BIN MOHAMED YAZI
8 HALIMATUN NAJAA BINTI ABDUL HALIM
9 MOHD ZUBAYRIE BIN MOHD KASHIM
10 NURHAYATI BINTI MD ISA
11 MUHAMAD FARID BIN JAMALUDIN
12 MOHD AZLAN BIN MD FADZIL
13 NURAISHAH BINTI IBRAHIM
14 CHOON SOO YI
15 DARWINA BINTI ARIFFIN
16 MOHD FAIZ BIN DAUD
17 MASRIZAN BIN MASKAN
18 SHAH AFFENDI BIN IBRAHIM
19 RAFIDAH BINTI BAHAROM
20 MOHD REDZUAN LATIF
21 JULAIHAH JALIL
22 MOHD NAWAWI BIN WAHID
23 NORAIN BINTI JAMALUDIN
24 MOHD NOOR HASHRIQ BIN HJ MAT SAID
25 MUHD KHAIRIL IZWAN BIN OTHMAN
26 MUZAKKIR SHAH BIN ZAINAL RAHAMAN
27 NORMA YATI BINTI SOHAIMI
28 MAIZATUL ASHIKIN BINTI MUHAMMAD NOR
29 NUR LISA BT ISMAIL
30 NOR SABRINA BINTI ABDUL SHUKOR
31 NUR NAIM BINTI MYDIN
32 MOHD FAIROZ BIN ANNUAR
33 NOR HAZILA IBRAHIM
34 NORSYAFARINA BINTI MD KASA

1. Ucapan Pengerusi Penubuhan

En. Muhamad Azrul Bin Azmi selaku pengerusi penubuhan telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat penubuhan ini. Beliau juga menerangkan matlamat penubuhan persatuan ini yang akan bersatu padu membela nasib penjawat awam terutama skim Juruteknik Komputer FT17/FT22 (FT4-1/FT4-2), mengeratkan silaturrahim di antara semua ahli dari pelbagai jabatan dan bersama-sama membantu menggabungkan persatuan juruteknik komputer peringkat negeri ke arah mewujudkan Persatuan Juruteknik Komputer Malaysia.

2. Meluluskan Nama Dan Alamat Penubuhan
Mesyuarat telah membincangkan tentang nama penubuhan dan bersetuju dengan cadangan En Mohd Azlan Bin Md Fadzil dengan nama : “PERSATUAN JURUTEKNIK KOMPUTER PULAU PINANG” yang disahkan oleh En Mohd Zubayrie Bin Mohd Kashim dan alamatnya ialah  No. 265 Lorong Rhu 1/1, Taman Rhu, 08600 Tikam Batu, Kedah Darulaman.
3. Perlembagaan Pertubuhan

Mesyuarat telah berbincang perlembagaan pertubuhan dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan telah diluluskan semua ahli yang hadir.

4. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan


Presiden Muhamad Azrul Bin Azmi
Timbalan presiden Khairul Rijal Bin Ismail
Setiausaha Darwina Binti Ariffin
Penolong setiausaha Muzakkir Shah Bin Zainal Rahaman
Bendahari Zamani Bin Jaiani
AJK 1 Mohd Azlan Bin Md Fadzil
AJK 2 Nur Asyraf Binti Jaafar
AJK 3 Choon Soo Yi
AJK 4 Muhd Khairil Izwan Bin Othman
AJK 5 Syariman Bin Mohamed Yazi
AJK 6 Norain Binti Jamaludin
AJK 7 Mohd Redzuan Latif
AJK 8 Muhamad Farid Bin Jamaludin
AJK 9 Maizatul Ashikin Binti Muhammad Nor
AJK 10 Nor Sabrina Binti Abdul Shukor
Juru audit 1 Nor Hazila Ibrahim
Juru audit 2 Masrizan Bin Maskan


5. Majlis bersetuju untuk mendaftarkan pertubuhan ini dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Tugas bagi pendaftaran ini akan diserahkan kepada jawatankuasa untuk menguruskannya.
6. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1:30 petang.




……………………………………………. ……………………………………………
En . Muhamad Azrul Bin Azmi
Presiden
Persatuan Juruteknik Komputer Pulau Pinang
(PENCTAS) Pn. Darwina Binti Ariffin
Setiausaha
Persatuan Juruteknik Komputer Pulau Pinang
(PENCTAS)

Assalamualaikum..

    Alhamdullilah mesyurat penubuhan penaja telah berjaya diadakan. Kami, barisan AJK penaja yang baru dilantik sgt teruja dan berterima kasih kepada ahli yang berkorban masa demi persatuan kita ini. Kepada yang tidak hadir, insyaAllah mesyuarat agong pertama PENCTAS nnti ahli yang lain di minta hadir beramai-ramai. Walaupun tidak hadir di harap semua dapat memberi sokongan dengan menjadi ahli seramainya sampai tertubuhnya PENCTAS agar kita lebih kuat untuk muncul sbgai persatuan yang sah.

   Penghargaan juga di rakam kepada AJK tidak rasmi (sebelum dilantik) yang bekerja tanpa meminta balasan demi memastikan mesyuarat ini menjadi realiti. InsyaAllah barisan AJK baru akan berusaha sehingga tertubuhnya sebuah persatuan yg dapat membela nasib skim kita agar lebih adil dan di hormati. Kami  AJK2 Penctas ingin meminta ahli agar dpt memberi idea aktiviti, sebarang usaha untuk lebih memurnikan persatuan ini. kami akan masukkan kedalam takwim tahunan penctas untuk dilaksanakan.

   Akhir sekali, kami akan umumkan cara untuk menjadi keahlian & pembayaran keahlian secara online  sedikit masa nanti. Di harap yang belum mendaftar dpt melalukan demikian secara mudah.  Kepada AJK2 baru diharap dapat memberi komitmen untuk penubuhan persatuan dan kita akan bekerjasama agar yang berat dpt diringankan.. InsyaAllah.

sekian

" nothing is impossible "

admin

ATURCARA MESYUARAT PENUBUHAN & PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN JURUTEKNIK KOMPUTER PULAU PINANG
(PENCTAS) 25/2/2012 SK KUALA PERAI
________________________________________________________________________

ATURCARA MAJLIS

1.            Pendaftaran Ahli
2.            Bacaan doa
3.            Ucapan aluan Pengerusi
a.       mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat
b.      menerangkan tujuan mesyuarat diadakan
c.       menerangkan matlamat penubuhan persatuan
d.      menerangkan harapan penubuhan persatuan
4.            Resolusi Penubuhan persatuan
a.       Meminta persetujuan ahli untuk menubuhkan persatuan
b.      cadangan dan sokongan ahli mesyuarat untuk pemilihan nama rasmi persatuan
5.            Ketetapan Alamat persatuan
a.       cadangan dan sokongan ahli untuk menetapkan alamat persatuan
6.            Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penaja
a.       melantik presiden, timbalan presiden, bendahari, naib bendahari, setiausaha, naib setiausaha & AJK (8org mengikut daerah)
7.            Menyemak dan Meluluskan Perlembagaan persatuan
a.   membentangkan kandungan perlembagaan
b.      persetujuan ahli untuk menggunapakai perlembagaan yang dibentangkan
c.       cadangan penambahbaikan perlembagaan
8.            Hal-hal lain
a.       Usul-usul dari ahli.
9.            Bersurai.


Logo PENCTAS

Keterangan Rekabentuk Logo :

Warna biru melambangkan warga (PENCTAS) yang mahir dalam bidang teknikal sistem ICT yang berteknologi tinggi.

Warna Hitam melambangkan warga (PENCTAS) yang punyai semangat bersaing, komited, berdedikasi dan professional.

Warna kuning melambangkan kesetiaan, kejujuran dan berakhlak tinggi dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan.

Warna putih pula melambangkan ikatan ukhwah yang rapat sesama ahli  untuk melahirkan insan yang berketerampilan, berjati diri tinggi dan bersifat profesional.

Simbol berbentuk Jambatan Pulau Pinang adalah melambangkan ahli adalah terdiri daripada pegawai yang berkhidmat di seluruh Pulau Pinang


Simbol 2 orang berenang bermaksud ahli simbolik ahli bersedia menerima cabaran mendatang dan arus teknologi yang mencabar.


Simbol komputer adalah asas kepada perkhidmatan setiap ahli yang merupakan seorang Juruteknik Komputer yang mahir.


Nota: Logo adalah sumbangan kreatif dari Encik Mohd Azlan bin Md Fadzil dan Sang Saka Malaya 

Assalamualaikum,

      Terima kasih kepada semua ahli penctas yang mengundi untuk tarikh dan tempat mesyuarat. Di sebabkan faktor kewangan dan teknikal dalam undi poll link , kami telah membuat keputusan untuk menetapkan tempat mesyuarat adalah seperti berikut:-

Tempat:  SK Kuala Prai, Butterworh.
Tarikh:    25hb Feb 2012
Masa:l     10Pagi

      Suka di ingatkan sekali lagi bahawa semua ahli yang mendaftar melalui online wajib hadir untuk menandatangani borang & membayar yuran sebanyak RM50 (RM30 pendaftaran | RM20 yuran tahunan ) untuk melengkapkan keahlian penctas. Demi untuk menubuhkan persatuan diharapkan kita dapat hadir beramai-ramai. Juga di jemput kawan² yang belum mendaftar online tapi mahu mendaftar juga boleh berbuat demikian di mesyuarat nanti. Borang keahlian akan dibekalkan di sana.

      Akhir sekali , kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan² yang sudi memberi kerja sama dan harap dapat di teruskan demi persatuan ini. InsyaAllah sesuatu perkara yang baik akan dipermudahkanNya.

sekian

"nothing is impossible"

admin


Koordinat GPS:   N05°  23.199 '  ,   E100° 245'


peta ke SK Kuala Prai


Assalamualaikum

Alhamdullilah setelah diteliti dan di undi, secara rasminya kami telah memilih sebuah logo sumbangan kreatif oleh ahli kita, diucapkan terima kasih di atas kerjasama.

Kami akan membuat satu undian tarikh dan tempat untuk bermesyuarat dalam bulan Februari ini dan di harap ahli dapat memilih tarikh & tempat yang paling sesuai untuk hadir. Harus di ingatkan bahawa " AHLI PERLU HADIR UNTUK TANDATANGAN BORANG  & MEMBAYAR YURAN KEAHLIAN" untuk melengkapkan pendaftaran sebagai ahli persatuan.

Kami bercadang untuk mewujudkan satu mekanisma pecalonan calon melalui online. Ahli di beri peluang untuk memilih sendiri siapa yang sesuai untuk jawatan tertinggi dan AJK² kerja untuk menubuhkan persatuan ini. kami akan membuka pencalonan tersebut selepas tarikh dan tempat mesyuarat telah di tetapkan. Di harap dengan cara ini ahli dapat melantik calon yang di rasa sesuai untuk kerja penubuhan persatuan ini.

Secara dasarnya, kami telah bercadang untuk menetapkan yuran keahlian tahunan sebanyak RM20 dan bayaran pendaftaran sebanyak RM30 (sekali seumur hidup). Namun jumlah ini tertakluk kepada perubahan ketika bermesyuarat nanti.

Kami dengan ini akan publish perlembagaan yang lengkap termasuk, keistimewaan yang akan ahli dapat sekiranya menjadi ahli persatuan dan di harap segala cadangan dan penambah baikan dapat di cadangkan untuk kesesuaian fasal tersebut. Sebarang cadangan dan komen boleh di panjang kan ke email kjtkpp@gmail.com.

Di bawah ini kami bentangkan bendera, logo beserta makna simbol yang telah di pilih untuk tatapan ahli.
Bersama kita terus bersatu dan terus bekerja sama.

"nothing is impossible"

admin

BENDERA




LOGO



Warna biru melambangkan warga (PENCTAS) yang mahir dalam bidang teknikal sistem ICT yang berteknologi tinggi.

Warna Hitam melambangkan warga (PENCTAS) yang punyai semangat bersaing, komited, berdedikasi dan professional.

Warna kuning melambangkan kesetiaan, kejujuran dan berakhlak tinggi dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan.

Warna putih pula melambangkan ikatan ukhwah yang rapat sesama ahli  untuk melahirkan insan yang berketerampilan, berjati diri tinggi dan bersifat profesional.

Simbol berbentuk Jambatan Pulau Pinang adalah melambangkan ahli adalah terdiri daripada pegawai yang berkhidmat di seluruh Pulau Pinang


Simbol 2 orang berenang bermaksud ahli simbolik ahli bersedia menerima cabaran mendatang dan arus teknologi yang mencabar.


Simbol komputer adalah asas kepada perkhidmatan setiap ahli yang merupakan seorang Juruteknik Komputer yang mahir.


Nota: Logo adalah sumbangan kreatif dari Encik Mohd Azlan bin Md Fadzil dan Sang Saka Malaya 

Pesanan

Pihak Webmaster tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.