Assalamualaikum..
Alhamdullilah mesyurat penubuhan penaja telah berjaya diadakan. Kami, barisan AJK penaja yang baru dilantik sgt teruja dan berterima kasih kepada ahli yang berkorban masa demi persatuan kita ini. Kepada yang tidak hadir, insyaAllah mesyuarat agong pertama PENCTAS nnti ahli yang lain di minta hadir beramai-ramai. Walaupun tidak hadir di harap semua dapat memberi sokongan dengan menjadi ahli seramainya sampai tertubuhnya PENCTAS agar kita lebih kuat untuk muncul sbgai persatuan yang sah.
Penghargaan juga di rakam kepada AJK tidak rasmi (sebelum dilantik) yang bekerja tanpa meminta balasan demi memastikan mesyuarat ini menjadi realiti. InsyaAllah barisan AJK baru akan berusaha sehingga tertubuhnya sebuah persatuan yg dapat membela nasib skim kita agar lebih adil dan di hormati. Kami AJK2 Penctas ingin meminta ahli agar dpt memberi idea aktiviti, sebarang usaha untuk lebih memurnikan persatuan ini. kami akan masukkan kedalam takwim tahunan penctas untuk dilaksanakan.
Akhir sekali, kami akan umumkan cara untuk menjadi keahlian & pembayaran keahlian secara online sedikit masa nanti. Di harap yang belum mendaftar dpt melalukan demikian secara mudah. Kepada AJK2 baru diharap dapat memberi komitmen untuk penubuhan persatuan dan kita akan bekerjasama agar yang berat dpt diringankan.. InsyaAllah.
sekian
" nothing is impossible "
admin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pesanan
Pihak Webmaster tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
0 comments:
Post a Comment