Social Icons

Misi, Visi & Objektif


Visi: Menjaga kepentingan dan kebajikan Juruteknik Komputer Pulau Pinang.

Misi: Memastikan semua ahli mendapat pembelaan sewajarnya

Objektif: Persatuan ini ditubuhkan adalah untuk..
  • Menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan
  • Menggalakkan dan melibatkan ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat.
  • Mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain persatuan juruteknik komputer negeri lain yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan.
  • Sebagai titik asas ke arah penubuhan Kesatuan Juruteknik Komputer Pulau Pinang, seterusnya bergabung dengan semua negeri di Malaysia ke arah Kesatuan Juruteknik Komputer Malaysia.

Kesatuan didaftarkan mengikut Akta Kesatuan Sekerja. Kesatuan mempunyai hak mengambil tindakan perusahaan, piket, hak perundingan dengan kerajaan, menuntut gaji dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih dari majikan serta menjaga kebajikan ahli.

Persatuan pula didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan. Hanya merupakan pertubuhan sosial dan tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang tuntutan dan perundingan mengenai kenaikan gaji atau syarat-syarat perkhidmatan.

0 comments:

Post a Comment

Pesanan

Pihak Webmaster tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.