Social Icons

Cara menjaga adapter charger yang anda semua tak tahu


Tips tips menjaga adapter charger




Banyak ilmu kepakaran tentang komputer terutamanya tentang bagaimana hendak menjaga komputer yang saya rasa patut dikongsi bersama anda semua. Saya merasakan amat berdosa jika tidak berkongsi pengetahuan yang saya ketahui kepada umum. Di sini adalah tips untuk menjaga adapter charger anda. Harap dapat membantu


 1)  Pastikan charger yang anda gunakan adalah khas untuk laptop anda. Jika anda menggunakan charger yang bukan untuk laptop anda, kemungkinan untuk laptop anda rosak adalah tinggi.

Adapter charger Compaq Presario CQ40

2) Letakkan charger laptop anda di tempat yang tidak berdekatan dengan air. Ini untuk mengelak kan anda dari terkena renjatan elektrik dan kemusnahan laptop anda.

3) Selalu cabut charger andabila charger anda sudah terlalu panas. Ini untuk mengelakkannya dari rosak dan merosakkan laptop. Adalah dinasihatkan anda mencabut charger bila bateri sudah penuh. Ini sekaligus menjaga bateri dan charger anda.





Adapter Charger Acer


      4) Apabila menggunakan charger, adalah lebih baik menanggalkan bateri. Apabila menggunakan bateri adalah lebih baik untuk mencabut charger. Untuk mengecas bateri ianya lebih baikjika laptop anda sedang ‘OFF’

5) Bila menggunakan charger untuk masa yang lama, letakkannya di atas permukaan yang tidak memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain. Ini untuk mengelakkan terlebih panas.

6) Wayar charger harus dielakkan dari terkoyak terkena benda tajam seperti bucu meja. Jika wayar charger sudah terkoyak, jangan gunakan lagi. Jangan balut wayar charger dengan ‘tape’ atau material lain. Renjatan elektrik dan kemusnahan laptop boleh berlaku. Tukar dan beli charger yang baru.

Senang cerita bila guna laptop
Kalau guna charger jangan guna bateri
Kalau guna bateri jangan guna charger
Kalau nak cas bateri, cas bila laptop OFF


10 tips TERBAIK untuk memanjangkan jangka hayat skrin laptop anda







1. Selalulah cuci skrin anda untuk mengelakkan ia dimasuki habuk yang nampak kecil tetapi sebenarnya sangatlah tidak baik untuk skrin anda.

2. Jangan sesekali mencuci skrin anda dengan kain yang kering. Ini disebabkan kotoran-kotoran yang melekat pada skrin tidak akan diserap oleh kain tersebut malah akan mencalarkan skrin anda.

3. Jangan letak objek yang berat menimpa laptop anda ketika laptop tidak digunakan.



4. Gunakan screen saver atau lebih baik setting pada "Power Management" dan setkan masa ‘Turn off the display in _ minutes. Lebih singkat masa lebih baik. Ini untuk tidak mensia-siakan lifespan @ jangka hayat skrin yang kebiasaannya dalam 3000 – 4000 jam (skrin ORIGINAL sahaja, skrin yang bukan original lifespan lebih sedikit).

5. Jangan letakkan jari anda di paparan skrin kerana ada kebarangkalian anda akan menyebabkan terjadinya ‘dead pixel’ iaitu pixel yang tidak menyala oleh kerana tekanan yang mungkin lebih diberikan oleh jari anda terhadap skrin tersebut.

6. Gunakan kain yang 100% cotton untuk tujuan pembersihan kerana ia adalah lembut dan bersifat menyerap seperti baju2 lama dan stokin. Elakkan dari mengguna kain yang fabriknya bercampur dengan polyster kerana ia mengandungi filamen yang akan mencalarkan skrin anda.





7. Cara yang tepat untuk membersihkan skrin laptop adalah dengan menggunakan alat khas untuk mencuci skrin laptop. Pastikan set yang anda beli itu dilengkapi dengan kain anti-statik iaitu kain yang akan dapat ketika membeli spek mata kerana itu adalah alat terbaik dan paling efisien untuk mencuci skrin laptop anda.


8. Semasa menjalankan proses pembersihan, INGAT! jangan spray terus kepada skrin laptop anda tetapi pada kain tersebut dan JANGAN! lakukan proses pembersihan dalam keadaan laptop ON.

9. Pastikan skrin anda berada dalam keadaan kering sebelum anda menutup ‘lid’ laptop anda.

10. Pastikan diantara skrin dan laptop anda atau diatas keyboard anda tiada objek tidak kira kecil atau besar kerana banyak kes seperti terlupa alihkan pendrive lalu mencederakan skrin anda.


Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.



SUMBER: http://www.okcomputersolution.net

Tips menjaga bateri yang anda tidak diberitahu


Tips- tips menjaga bateri

1)      Jika bateri anda baru - Pastikan bateri anda kosong sepenuhnya bila  pertama kali anda menggunakannya.

2)      Kemudian, TANPA ‘on’ laptop, cas bateri itu selama lapan(8) jam. Jika ‘indicator’ di laptop mengatakan bateri sudah penuh, teruskan cas sehingga lapan(8) jam. Ingat! Jangan sekali sekali ‘on’ laptop!

3)      Selepas lapan(8) jam, cabut charger/adapter dari laptop. Dan dengan HANYA menggunakan   bateri, guna laptop sehingga bateri hampir habis. Ini akan menetapkan berapa banyak kuasa yang boleh disimpan dalam bateri itu

.4)      Selepas ini, anda boleh mengecasnya seperti biasa iaitu sehingga indicator menunjukkan bateri sudah penuh 
1)    


Tabiat yang perlu dielakkan

1)    Elakkan dari selalu mengecas bateri- Satu bateri  laptop mempunyai jangka hayat lebih  kurang 300 ke 500 pusingan cas. 
     Cabut charger, gunakan kuasa bateri dan kemudian gunakan charger balik adalah satu pusingan. Adalah dinasihatkan anda jangan menggunakan kuasa bateri sehingga habis sepenuhnya. Tinggalkan sekurang- kurang 5% dari kuasa yang ada. 
     Adalah lebih baik jika anda menggunakan bateri selama satu jam kemudian cas balik penuh (ini dikira satu pusingan), dari menggunakan bateri  10 minit dan cas balik
     5 minit (ini dikira satu pusingan)

2)    Pastikan bateri anda habis kuasa sepenuhnya setiap 30 pusingan.Kemudian cas semula. Ini akan membantu menetapkan kadar kuasa bateri

3)    Sekiranya anda tidak mahu menggunakan bateri untuk lebih dari 3 minggu, pastikan anda menyimpan sekurang kurangnya 50% kuasa dalam bateri itu. 
     Jika anda tinggalkan dengan kuasa yang penuh, bateri akan bengkak dan tidak boleh menyimpan banyak kuasa
     Jika anda tidak menyimpan kuasa langsung, dikhuatiri bateri tidak boleh dicas semula.

4)     Elakkan kepanasan- Kepanasan boleh mengurangkan kapasiti menyimpan kuasa bateri. Jangan guna laptop di permukaan yang memerangkap haba seperti kain, kusyen, kulit, sofa, peha anda, selimut dan lain lain. 
     Gunakan notebook cooling pad dan pastikan permukaan yang anda gunakan tidak mempunyai habuk.

5)     Elakkan terlebih cas (overcharging) – Overcharging akan menyebabkan kepanasan dan mengurangkan kualiti bateri. Cabut charger bila ‘indicator’ sudah menunjukkan bateri sudah penuh.

SUMBER : http://www.okcomputersolution.net

Tips Umum Menjaga Laptop Anda

Pastikan ianya cukup sejuk

Laptop menjana banyak haba terutamanya jika anda menggnakan software terkini. Terlalu panas, anda berisiko merosakkan motherboard anda.

Beginilah heatsink mengumpulkan habuk selepas 6 bulan


Pastikan laptop anda mempunyai ruang pengudaraan yang baik, dan pastikan anda tidak menghalang aliran angin dari kipas laptop kerana ianya satu satunya ruang udara yang ada!

Pastikan anda menghantar laptop anda kepada pakar untuk servis kipas laptop anda untuk mencuci habuk bila :
1)      Laptop anda panas di bahagian kipas.
2)      Setiap 6 bulan sekali.
Kipas selepas 6 bulan menyimpan habuk


Ini adalah masalah kritikal yang semua pengguna laptop tidak ketahui sehinggalah laptop mereka rosak. Selepas beberapa lama laptop anda pasti akan memerangkap habuk di kipas processor.
Ini menyebabkan sistem pengudaraan yang tidak baik lalu laptop akan terlebih panas dan merosakkan komponen komponen seperti motherboard dan processor laptop

Percayalah, jika anda mengamalkan sikap ini, anda tidak akan tergolong daripada orang yang terpaksa menanggung kos beratus ratus ringgit menukar motherboard seperti kebanyakan pengguna.



Berhati hati dengan skrin LCD anda


Elakkan dari menyentuh atau bermain dengan LCD skrin anda.

LCD anda boleh rosak menjadi garisan- garisan, keputihan, gelap tiada lampu. bergegar gegar, jadi TV rosak. berwarna hijau, merah atau kuning.

Untuk mengelakkan pecah atau retak...

Pastikan anda tidak meletakkan
kunci,
duit syiling
cincin
pen drive
USB broadboand dongle


Ini yang telah terjadi kerana meletakkan objek pada tempat yang tak sepatutnya


Pendek kata jangan sekali kali meletakan objek di atas laptop





Jangan jatuhkan laptop anda!

Kadang kadang kita tidak boleh mengelak dari perkara yang tidak diingini tetapi kita boleh kurangkan kesannya. Sentiasa gunakan beg laptop yang berkualiti ( walaupun berat), Elakkan dari menggunakan beg laptop yang cantik di luar tapi tidak melindungi!

Jangan bawa laptop anda merata rata tanpa menyimpannya di dalam beg dahulu! jadikannya amalan!


Jangan letakkannya di tepi tepi meja atau tempat tempat yang tidak stabil. Jika terjatuh, anda boleh memecahkan

 LCD skrin, hinge (susah sangat jumpa)
 Cover (pun susah sangat nak jumpa)
 Frame (lagi sangat susah nak jumpa)
 Hard Disk( mudah diganti tetapi data tidak dapat diganti)


Pastikan getah yang sepatutnya berada di bawah laptop masih ada dan berada dalam keadaan baik . Ini akan mengelakkannya dari tergelincir secara tak sengaja.

Jangan letak minuman berhampiran

Jika anda perlu minum ketika anda menggunakan laptop, pastikan anda tidak menumpahkannya!
Beberapa titis minuman anda jika tumpah ke laptop boleh membuatkan anda kerugian besar.
Oh Tidak!

Keyboard , motherboard dan hard disk anda antara yang berisiko untuk rosak.



Anda pasti tidak mahu membelanjakan beratus ratus ringgit angkara beberapa titis air bukan?


Katakan tidak kepada virus!

Pengguna laptop yang bijak pasti mempunyai anti virus yang terbaik

Pastikan anda membeli antivirus yang berkualiti dan elakkan dari menggunakan antivirus yang percuma. Ini adalah kerana antivirus percuma tidak mempunyai semua ciri keselamatan yang premium seperti antivirus yang berbayar. Kaspersky Internet Security 2012, Avast Internet Security, Bitdefender adalah antara antivirus yang terbaik dalam pasaran.


Pastikan juga anda update definisi antivirus anda. Jika tidak, ianya tidak berguna dan laptop anda akan terdedah dengan beribu ribu virus baru yang berbahaya.

Kebanyakan antivirus sekarang auto update supaya anda tidak pening untuk memikirkannya.

Dan jangan sekali kali install lebih dari satu antivirus dalam sebuah laptop. Ia umpama mempunyai 2 polis dalam satu negara!


*Sumber: http://www.okcomputersolution.net

Pesanan

Pihak Webmaster tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.