Social Icons

KURSUS BASIC NETWORK & MAINTANANCE

Tanggal 11 & 12 oktober 2012, PENCTAS dengan kerjasama Unit Latihan dan Kemajuan Staf (ULKS) JPN Pulau Pinang telah mengadakan kursus untuk Juruteknik-Juruteknik Komputer. Ini adalah satu inisiatif PENCTAS demi kebajikan ahli-ahli untuk melengkapkan kalender kursus disamping dapat menimba dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan sejawatan.

Kursus telah di adakan di PPD Seberang Perai Selatan (Jawi, Nibong Tebal), menyaksikan seramai 62 orang telah di pilih untuk menyertainya.

Kami telah merangka 1 modul yang berlainan seperti kursus-kursus sebelum ini dengan mengambil kira input dari kawan-kawan JTK yang mahukan kursus. Di antaranya ialah, modul yang tidak membosankan , mudah di fahami, 'hands on' , semua terlibat secara langsung. Jadi kami telah merangka modul-modul yang telah melibatkan semua individu.

Selain dari hanya mendengar & belajar , matlamat kami dalam kursus ini adalah untuk melatih 'self-confident' semua JTK2 agar dapat menjadi tenaga pengajar suatu hari nanti. Adalah menjadi matlamat kami untuk meningkatkan skill & keupayaan JTK utk bersaing dan menjadi JTK yang berkemahiran dari segenap segi.

Rangka kursus adalah seperti berikut:-

Slot 1: Asas Rangkaian

Slot 2: IP Address

Perbentangan Berkumpulan

1:  AKSES POINT

2.  REPEATER

3. BRIDGE

4. CORESWITCH

5.  STATIC IP & DHCP

6. SERVER

7. VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE)

8. COMMAND PROMPT

9. CLOUD

10. TROUBLE - SHOOTING NETWORK

PENCTAS akan berusaha untuk mencari modul-modul latihan yang mempunyai level tinggi untuk latihan semua JTK2 di masa akan datang. Kami juga akan berusaha bekerjasama lagi dengan BTPN, ULKS, JPNPP, Kolej Komuniti, ILP & agensi-agensi lain untuk latihan ahli PENCTAS semua.

Tahniah kepada peserta yang menyertai dan memberi perhatian dalam kursus ini. PENCTAS berharap agar kami dapat menganjurkan lebih banyak lagi kursus demi semua JTK di Pulau Pinang. Sesungguhnya, sokongan kuat dari ahli sangat2lah di harapkan agar PENCTAS dapat meneruskan agenda memperjuangkan nasib ahli-ahli. Bila bersatu kita akan terus maju.

"Nothing is Impossible"

Presiden

0 comments:

Post a Comment

Pesanan

Pihak Webmaster tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.