Social Icons

PERUTUSAN TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum w.b.t semua ahli PENCTAS,

       Saya mewakili barisan kepimpinan tertinggi PENCTAS ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2013" kepada semua. Moga azam 2012 kalian semua telah tercapai dan mengungkap pula azam 2013 yang baru untuk memperbaiki diri, modal insan, keluarga mahupun karier kita sebagai juruteknik komputer.

      Suka saya ingatkan ahli-ahli sekalian bahawa tugas juruteknik komputer sebenarnya lebih luas rangkumannya, tidak terbatas atas tugas hakiki sahaja tetapi inisiatif kita untuk menjadi pemankin penguasaan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang teknologi komputer. Kita mempunyai skill dan kepakaran khusus dalam bidang komputer ini dan haruslah kita manafaatkan demi pembagunan modal insan masyarakat sekeliling kita. Melalui kitalah masyarakat di bekalkan dengan pengajaran IT yang sebenar, tidak songsang dan dapat digunakan dengan berhemah dan sebaiknya.

     PENCTAS juga merakamkan jutaan terima kasih kepada PM dengan bonus 1.5 bulan pada tahun 2012. Mudah-mudahan imbuhan ini dapat di manafaatkan oleh semua JTK-JTK untuk keperluan masing-masing. Sesungguhnya ianya dapat menaikan semangat untuk terus berkhidmat dengan lebih cekap.

     Azam PENCTAS tahun 2013 adalah untuk menjadikan Persatuan ini lebih di hormati dan di kenali di peringkat Pulau Pinang dan seterusnya kebangsaan. Kami juga berazam untuk berusaha menambah ahli lebih dari 150 orang menjelang tahun depan. In sya Allah dengan kerja keras AJK-AJK tertinggi PENCTAS dan sokongan tidak berbelah bahagi ahli kepada kami, kita akan cuba mencapai azam tersebut.

    Akhir sekali, marilah kita terus berusaha, mencari idea dan kesepakatan demi memajukan skim JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 yang di sayangi ini. Kami dari PENCTAS akan terus menggesa penubuhan satu badan untuk penyatuan semua JTK-JTK di peringkat kebangsaan. Moga KESATUAN JURUTEKNIK KOMPUTER MALAYSIA akan menjadi realiti yang akan menjadi platform untuk kita melantangkan suara di peringkat tertinggi. In Syaa Allah, kita akan berusaha, bersatu dan bekerjasama demi mencapai cita-cita yang tidak mustahil ini.

Sekian.

"Nothing is impossible"
"ICT pemankin generasi bestari"

Presiden PENCTAS

0 comments:

Post a Comment

Pesanan

Pihak Webmaster tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.