Social Icons

Assalamualaikum..

      Alhamdullilah, kami telah mendapat penyertaan ahli yang agak menggalakkan sejak akhir-akhir ini, diharap semua ahli yang mendaftar dapat memberi komintmen untuk menubuhkan satu persatuan demi semua juruteknik-juruteknik di seluruh Pulau Pinang.
      Adalah menjadi harapan kami, bukan sekadar JTK² dari KPM sahaja yang menyertai persatuan ini. JTK² dr jabatan-jabatan lain juga di alu-alukan mendaftar. Biarpun kita berlainan jabatan tetapi hakikatnya kita sama dari segi tugas dan kelayakan dan perlu perjuangkan apa saja keperluan JTK di peringkat yang lebih tinggi.
      Untuk infomasi semua ahli, kami akan mengadakan mesyuarat AJK penaja sebelum menubuhkan satu organisasi yg di panggil "Persatuan Juruteknik Komputer Pulau Pinang" dan akan berdaftar dengan Pendaftar Petubuhan (ROS). Kami akan memanggil mesyuarat sedikit masa lagi.
      InsyaAllah, moga di permudahkan olehNya, kita sama-sama membantu dan memberi kerjasama untuk merealisasikan perkara ini. Marilah kita bersatu untuk suara yang lebih lantang di peringkat lebih tinggi.

Kami mengalu-alukan komen berguna yang boleh di tulis terus di dalam blog ini atau melalui email kjtkpp@gmail.com.

"nothing is imppossible"

admin

0 comments:

Post a Comment

Pesanan

Pihak Webmaster tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.