Kita nka guna DHCP server untuk 50 client, maknanya 50 pc/laptop yang boleh on untuk networking dalam satu masa. IP yang kita nak guna ialah 192.168.0.XXX.. jadi, katakan kita nk start IP untuk DHCP start dari 192.168.0.21, untuk 50 client.
Maka, start IP adalah 192.168.0.21, end ip adalah 192.168.0.70...
Kalo kita nak gunakan DHCP sebaik-baiknya... Adalah lebih baik kalau kita wat maximum ip usage bergantung dengan netmask. Kalo netmask 24, kita gunakan sepenuhnya, sebab dalam dhcp server ada satu lagi function reservation yang mana kita leh tentukan IP yang tertentu di'reserve' kepada sesebuah PC atau user yang kita dah register ke dalam domain yang diuruskan oleh Domain Controller. Maknanya, kita x perlu manually set IP pada komputer tersebut. Apa yang perlu kita buat hanya configure Ip untuk komputer tersebut pada server sahaja. Mudah untuk kita wat keja... jadi server kita perlu ada 2 jenis server, iaitu DNS beserta Controller dan DHCP Server.
Maksud dengan reservation IP adalah kita boleh tentukan IP yang terdapat dalam DHCP scope telah direserve kepada sesebuah pc ataupun user.
untuk penggunaan wifi yang tinggi xkan ada masalah sekiranya kita besarkan scope dhcp... sebagai contoh, penggunaan laptop yang menggunakan wifi adalah 100 laptop, jadi kita kena pertimbangkan dhcp scope kena lebih. mungkin kita leh buat scope dhcp jadi 130 client. laptop yang telah disetkan IP secara Static akan mengalami masalah apabila masuk ke dalam network yang lain. contohnya laptop tue dibawa kerumah. Jadi, laptop yang ada disekolah, pada pendapat aku tidak sesuai disetkan ip secara static.
IP untuk server kena guna static. Client yang akan guna dhcp... Masa kita install dhcp server pun, system akan mintak kita pilih NIC yang mana kita nak guna(NIC yang memang dah ada IP iaitu Static IP yang kita set kt server). Boleh bayangkan x? DHCP bergantung pada IP NIC yang nak dijadikan INPUT/OUTPUT DHCP server. Untuk wireless router, kita leh anggap wireless router tue adalah 1 komputer yang mana ada 2 NIC. satu untuk masuk ke network internet satu lagi untuk ke client pc. DHCP ada dalam wireless router tue. Jadi, dalam wireless router tue akan ada network routing table yang mana akan menghubungkan 2 NIC supaya walaupun kita gunakan IP Class A untuk sambungan ke internet dan kita gunakan IP Class C untuk local network, tapi pc client tetap dapat sambungan ke internet. sebab network routing table nie yang berfungsi menghubungkan 2 class IP.
0 comments:
Post a Comment