Social Icons

Showing posts with label Permasalahan Internet. Show all posts
Showing posts with label Permasalahan Internet. Show all posts

Routing

Di dalam sesebuah rangkaian, data perlulah dihantar dan dikirim dengan tepat dan betul. Rangkaian komputer kompleks biasanya terdiri daripada koleksi LAN yang dijalinkan antara satu sama lain. Kerja-kerja mengirim ini dilaksanakan oleh router di mana router akan mengambil mesej data dari LAN dan menukarkannya kepada paket yang sesuai untuk dihantarkan ke LAN yang satu lagi (Lihat rajah 1).




Rajah 1: Rangkaian yang menggunakan perantara Router


Fungsi Router
Router berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah: membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkanpaket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda. Berikut adalah beberapa kelebihan router:
Menghubungkan dua atau lebih rangkaian untuk membentuk satu rangkaian internetwork.
Menghubungkan dua rangkaian yang berlainan protokol.
Mengawal keselamatan rangkaian dengan membuat tapisan pada paket.

Jenis-jenis Router


Asas PC

Setiap sistem operasi sama ada Windows mahupun Linux menyokong fungsi routing terbina dalam. Jika anda mengaktifkan Internet Connection Sharing (ICS) di dalam Windows, anda telah menjadikan komputer anda sebagai sebuah router ringkas. Begitu juga dengan Linux yang boleh bertindak sebagai router IP atau IPX. Oleh kerana ia ringkas, maka kebolehannya juga terbatas. Lihat gambarah (Rajah 2) di bawah ini di mana sebuah PC dijadikan sebagai get laluan (gateway) untuk membenarkan setiap PC di dalam LAN tersebut berkongsi satu talian Internet.




Rajah 2: Router asas-PC yang bertindak sebagai get laluan (gateway)


Blackbox
Router blackbox ialah sebuah peranti yang berupa sebuah kotak khas. Router jenis ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding router PC-based. Router ini biasanya berkemampuan untuk melaksanakan undang-undang (rules) keselamatan bagi melindungi rangkaian dari serangan luar. Router jenis ini juga mampu untuk menampung beban trafik yang berat kerana ia merupakan sebuah peranti yang bertindak bersendirian. Oleh kerana ia bertindak sendirian, maka ia menggunakan mikropemproses RISC dan lebih laju berbanding PC biasa. Rajah 3 di bawah menunjukkan sebuah contoh router jenis blackbox.
Rajah 3: Linksys DSL Router Model BEFSR41
Ciri-ciri Router
Router jenis blackbox sebenarnya ialah sebuah mesin komputer. Ia memiliki ciri-ciri sepertimana yang digunakan oleh PC: ia mempunyai CPU, memori, dan juga input-output. Cuma bezanya ialah router jenis ini tidak memiliki cakera keras, tiada pemacu cakera liut, dan juga pemacu CD-ROM. Namun begitu router ini mempunyai pelbagai jenis storan lain seperti kad memori Flash.
Memori
Terdapat beberapa jenis memori yang digunakan oleh router blackbox, antaranya ialah: RAM, NVRAM, Flash dan ROM (PROM, EEPROM) ROM digunakan untuk menyimpan perisian bootstrap manakala NVRAM pula menyimpan konfigurasi startup yang digunakan oleh sistem operasi router. Memori Flash pula menyimpan sistem operasi seperti IOS dan lain-lain jenis sistem operasi.
Perisian
Sama seperti PC, router blackbox akan melaksanakan program-program kawalan atau sistem operasi (OS). Setiap pengeluar router akan membekalkan sistem operasi mereka sendiri. Konfigurasi startup yang tersimpan di dalam NVRAM akan dilaksanakan sebaik sahaja router dihidupkan. Semasa proses but, satu salinan konfigurasi akan dimuatkan ke dalam RAM. Apabila berlakunya sebarang perubahan data pada konfigurasi ini, RAM akan memberi kesan dengan serta merta. Router beroperasi dengan melaksanakan sejumlah besar proses yang terdiri daripada pelbagai jenis servis dan protokol. Router menyokong arahan untuk memaparkan maklumat tentang proses yang sedang berjalan dan sumber resources seperti penggunaan CPU dan memori. Servis dan kemudahan yang tidak diperlukan boleh dimatikan untuk mengelakkan penggunaan CPU dan memori yang berlebihan. Setiap router mempunyai nama yang unik bagi memudahkan ia dikenalpasti di dalam rangkaian. Oleh yang demikian, router juga akan mempunyai alamat IPnya tersendiri.
Bagaimana Router berfungsi?
Jadual Haluan
Tidak kira jenis router yang anda gunakan, setiap hos yang bertindak sebagai router akan menyimpan senarai undang-undang haluan di dalam sebuah jadual yang dipanggil Jadual Haluan (Routing Table). Apabila anda menghantar emel kepada rakan anda yang berada di luar negara, router akan memeriksa alamat penerima terlebih dahulu dan menghantar mesej emel tersebut berdasarkan alamat yang tertulis pada kepala (header) paket emel tersebut. Semasa emel dihantar, Jadual Haluan akan menyimpan maklumat-maklumat seperti:
  • Alamat IP destinasi
  • Antaramuka yang akan digunakan
Bagi pengguna Windows, anda boleh melihat jadual ini dengan menggunakan utiliti route pada arahan MS-DOS: route PRINT
Bagi pengguna Linux pula, anda boleh menggunakan arahan berikut:
cat /proc/net/route atau /sbin/route -n atau netstat -r
Router yang bersaiz kecil biasanya memiliki Jadual haluan yang kecil dan kemampuan untuk menyimpan mesej juga terhad. Bagi router bersaiz besar pula, Jadualnya adalah besar dan boleh menyimpan sejumlah besar mesej. Perlu diingat apabila bilangan rangkaian yang dihubungkan semakin banyak, saiz jadual haluan trafik dan kuasa memproses pada router juga akan turut meningkat.

IPv6 Ready!

IPv6 dibangunkan bagi tujuan menaik tarafkan IP daripada IPv4. IPv6 mempunyai urutan yang sukar kerana ia menggunakan hexadecimal sebagai nombor bagi urutannya. Mungkin tak ramai yang dapat mengingati nombor IP sendiri. Oleh itu, IPv6 akan terbina secara automatik konfigurasi (autoconfiguration) apabila berhubung dengan network IPv6 menggunakan ICMPv6 router discovery messages. IPv6 menggunakan header 64 bits membantu mempertingkatkan pencapaian ke dunia internet.

Jenis – Jenis IPv6
Alamat Unicast – untuk mengenalpasti 1 network interface.
Alamat Anycast – untuk mengenalpasti network interface secara berkumpulan.
Alamat Multicast – untuk mengenalpasti network interface di node yang lain.

Special addresses

Unspecified address
::/128 — Alamat semua kosong. Tidak boleh ditetapkan pada interface dan digunakan oleh perisian sebelum aplikasi mengenali alamat sumber host untuk kelulusan capaian.

Link local addresses
::1/128 — Alamat loopback ialah alamat localhost unicast (bersamaan 127.0.0.1 pada IPv4).
fe80::/10 - Alamat Zeroconf (bersamaan 169.254.0.0/16 pada IPv4).

Unique local addresses
fc00::/7 — Unique Local Addresses (ULA) mengandungi 40-bits pseudorandom.

Multicast addressesff00::/8 — dibina untuk multicast addresses yang dikenali di dalam “IP Version 6 Addressing Architecture”. Kadangkala dibina bersama protokol khusus. Sebagai contoh: ff0X::101 akan dihubungkan semuanya ke NTP servers.

Solicited-node multicast addresses
ff02::1:FFXX:XXXX — XX:XXXX ialah 3 low order octets sebagai responden kepada unicast atau anycast.

IPv4 transition
::ffff:0:0/96 —digunakan untuk memeta alamat IPv4.
2001::/32 — digunakan untuk Teredo tunneling.
2002::/16 — digunakan untuk alamat 6to4.

ORCHID
2001:10::/28 — ORCHID (Overlay Routable Cryptographic Hash Identifiers) ialah sebagai per (RFC 4843). Ianya bukan alamat IPv6 yang digunakan oleh Cryptographic Hash Identifiers.
Documentation
2001:db8::/32 —digunakan di dalam documentation (RFC 3849). Boleh digunakan di mana sahaja.

Deprecated or obsolete addresses
::/96 —ianya 96 bits zero-value juga dikenali IPv4-compatible addresses. Ianya digunakan untuk perpindahan IPv4 kepada IPv6.
fec0::/10 — site-local khusus untuk alamat di dalam organisasi setempat (local organization).

Apakah Perlunya IPv6?
Kita sedia maklum bahawa penggunaan yang meluas terhadap protokol internet. Ianya termasuklah VoIP (Voice Over Internet Protocol), penggunaan mobile broadband, television satelit dan pelbagai lagi. Dengan perkembangan yang drastik ini, IPv4 tidak mampu membekalkan alamat IP kepada pengguna dan lantaran itu kita perlu mempunyai IP yang banyak. Oleh itu dengan perkembangan IPv6 ini diharap dapat membantu di dalam perkembangan teknologi internet yang semakin hari semakin sarat dengan pelbagai informasi. Mungkin dalam masa terdekat ini, kita dapat mengaplikasikan IPv6 ini di dalam kehidupan seharian.


0 - 0000
1 - 0001
2 - 0010
3 - 0011 
4 - 0100
5 - 0101
6 - 0110
7 - 0111
8 - 1000
9 - 1001
A - 1010
B - 1011
C - 1100
D - 1101
E - 1110
F - 1111
pc x blh surf internet melalui IE atau google crome tp blh surf melalui mozilla sj. 


knpa ye jd cmnih?


tindakan:


~ Cuba reset balik setting, uninstall atau upgrade.


~ Cuba check LAN network connection... mana la tau ada add proxy kt situ





Pesanan

Pihak Webmaster tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.