Social Icons

Showing posts with label Memo PENCTAS. Show all posts
Showing posts with label Memo PENCTAS. Show all posts

FUTSAL PENCTAS TEAM KIT

Demi merialisasikan sebuah team FUTSAL PENCTAS, buat permulaan semua player akan menyarung jersi berwarna biru yang ber"cop" PENCTAS di hadapannya. Ini akan memberi keseragaman untuk team ini di samping dapat menaikkan lagi semangat di kalangan pemain.



Pihak pengurusan team akan berusaha untuk mengadakan siri perlawanan persahabatan bersama team-team yang berminat. InsyaAllah jika sekiranya team telah serasi, matang dan bersedia. kami akan membawa team ini ke dalam pertandingan (tournament) pula.

Gambar hiasan


Harap JTK-JTK dari negeri pulau pinang yang ingin bermain bersama , sila turun di even training kami yang akan di maklumkan dari masa kesemasa. Objektifnya adalah untuk kita terus mengikat tali sillaturahim dan bersukan mengeluarkan peluh demi kesihatan.



Moga FUTSAL PENCTAS akan maju dan dapat sokongan dari semua pihak. InsyaAllah

"nothing is impossible"

~admin~

Selamat Hari Raya




As salam untuk semua ahli PENCTAS,

      Di kesempatan ini saya mewakili barisan AJK tertinggi PENCTAS ingin memohon seribu kemaafan di atas kekhilafan yang kami telah lakukan. Sesungguhnya sebagai manusia biasa kami tidak lari dari melakukan kesalahan samada melalui penulisan, pengucapan atau perbuatan semenjak PENCTAS di tubuhkan.

Kami dengan berasa sangat rendah diri mengharapkan agar semua ahli-ahli ceria di sisi keluarga tersayang menyambut hari lebaran sambil bermaaf-maafan sesama kita.

Namun dalam keghairahan kita bergembira, harus di ingat pada yang kurang bernasib baik. Zakat fitrah jangan di lupa. Sedekah dan amal teruslah di beri. Semoga Kalian di berkati Allah dan beriang ria di hari raya sambil menjamu juadah istimewa.

"SALAM AIDILFITRI , MAAF ZAHIR & BATIN"

Daripada seluruh barisan kepimpinan PENCTAS






NOTIS MAJLIS IFTAR PENCTAS 2012

Assalamualaikum... Rahmat Ya Ramadhan,,,

     Di Jemput semua Ahli² PENCTAS untuk bersama² untuk memeriahkan lagi "MAJLIS IFTAR PENCTAS 2012" yang akan di adakan seperti berikut:

Tempat: Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru
Tarikh: 4/8/2012
Hari: Sabtu
Masa: 7.00PM

Ahli² semua di jemput hadir. Untuk keterangan lanjut boleh col/sms/whatapps Azrul 0174312230.
Mari lah kita terus mengeratkan tali silaturahim yang sedia wujud demi kemajuan JTK Pulau Pinang.

Sekian Terima Kasih

"Tiada Yang Mustahil"

Presiden





Akta Rahsia Rasmi 1972





Sebagai seorang penjawat awam kita semua terikat pada satu akta khas yang membendung pengedaran maklumat terkawal yang berisiko untuk membahayakan, merugikan dan mengaibkan negara dan institusi pentadbiran negara. 

Tindakan tatatertib dan undang-undang boleh diambil sekiranya terjadi perkara yang boleh merugikan pihak-pihak lain akibat kecuaian kawalan terhadap makumat sensitif.

Diantara akta-akta tersebut adalah seperti dibawah ini:-
77. Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah satu Akta Undang-undang berhubungan dengan perlindungan rahsia rasmi, terutama sekali dimaksudkan untuk memelihara perkara-perkara rasmi daripada jatuh ke tangan orang-orang yang tidak dibenarkan. Akta ini bertujuan untuk mencegah kelalaian yang bersalahan, iaitu satu kesalahan jenayah, dan juga untuk menghalang apa-apa bantuan haram yang sengaja diberikan kepada agensi-agensi negara asing atau subvertif. 

78. Ketua-ketua Jabatan hendaklah mengambil langkah menarik perhatian semua penjawat awam kepada peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan juga perhatian penjawat-penjawat awam yang kemudiannya ditempatkan di Jabatan-jabatan mereka. Ini adalah peraturan asas mencegah yang nyata memberi faedah kepada kepentingan diri seseorang di mana ianya betul-betul sedar tanggungjawabnya terhadap keselamatan di sisi undang-undang; di samping itu peraturan yang sama juga adalah untuk kepentingan awam menentukan bahawa hanya penjawat-penjawat awam yang cukup sedar atas tanggungjawab mereka sahaja diambil berkhidmat dengan Kerajaan. 
79. Sebagai satu lagi peraturan mencegah, tiap-tiap penjawat awam dalam perkhidmatan sementara atau tetap yang memerlukannya mengetahui perkara terperingkat adalah dikehendaki menandatangani satu borang akuan seperti di lampiran 'D' sebelum mereka dibenarkan mengetahuinya. Borang yang sama dikehendaki ditandatangani setiap tahun sebagai peringatan. Akuan-akuan yang telah ditandatangani dan disaksikan hendaklah disimpan oleh Ketua-Ketua Jabatan yang bertanggungajwab untuk menentukan semua penjawat awam berbuat demikian. Pada masa berhenti dari perkhidmatan Kerajaan, penjawat tersebut juga dikehendaki menandatangani satu akuan yang akhir seperti di lampiran 'E'.
(sumber: Arahan Keselamatan, m.s 21)
Mengkhusus kepada tugas dan tanggungjawab seorang Juruteknik Komputer, terdapat lebih risiko dan bahaya dalam terlalainya kita kepada pendedahan maklumat-maklumat berstatus rahsia kepada individu yang tidak sepatutnya. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum membuat perkongsian maklumat dengan umum.
  • Maklumat Login (jangan sesekali berkongsi maklumat seperti username, password, hint bagi semua kategori sistem samada server, workstation, cctv, alarm dan sebagainya)
  • IP Address (elakkan perkongsian ip address LAN dan WAN dalam forum, facebook (terbuka)
  • Maklumat Perkakasan (elakkan memaparkan maklumat perkakasan tempat kerja kepada umum, bagi mengelak faktor risiko kecurian)
  • Maklumat Keselamatan (elakkan berkongsi dengan umum status kawalan keselamatan tempat kerja seperti alarm, pagar, jaga, lokasi cctv dan sebagainya.)
  • Maklumat Peribadi (kategori ini juga termasuk berkongsi maklumat peribadi diri sendiri dan juga orang lain, maklumat-maklumat sepeti ini boleh memudahkan pencerobohan dalam rangkaian berlaku)
  • Maklumat Pembekalan (jangan menyebarkan maklumat sensitif seperti kos pembekalan, identiti pembekal dan maklumat-maklumat tender dan sebutharga kepada umum)
  • Pelan (pelan terperinci bangunan dan kawasan tempat kerja seharusnya dielakkan dari dikongsi untuk tatapan umum, kongsi sekadar maklumat asas sahaja)
Pelbagai lagi maklumat-maklumat yang boleh dikategorikan sebagai terperingkat namun kebanyakkannya bergantung kepada gred jawatan yang disandang, namun ianya berbeza dengan Juruteknik Komputer kerana maklumat yang dikendalikan oleh Juruteknik Komputer seringkali amat besar risikonya jika terlepas pada tangan yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu ingatlah pesan orang-orang tua dahulu, kerana mulut badan binasa, kerana setitik nila rosak susu sebelanga, fikir sebelum berkata dan sebagainya... 

Makluman Penghantaran Kit Pendaftaran Ahli

Bahawasanya dengan sukacitanya dimaklumkan bahawasanya proses penghantaran Kit Pendaftaran Ahli (Surat pendaftaran ahli PENCTAS, kad ahli dan stiker kereta) sedang dijalankan.. Surat perlantikan ahli jawatan kuasa PENCTAS juga dalam proses penghantaran melalui ketua jabatan masing - masing..

Untuk yg tidak menerima Kit Pendaftaran Ahli sehingga 31hb Jun 2012 ini sila maklumkan kepada AJK kawasan masing- masing atau di http://www.facebook.com/groups/366233573415110/ (Group FB PENCTAS yang rasmi)







Sekian dimaklumkan.

Final Reminder


FINAL REMINDER

KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP PENCTAS

Tempat: Megalane, Megamall 
Tarikh: 28/4/2012
Masa: 3.00PM
Yuran Penyertaan: RM25 (3 game)

** Handicap 5pin/game untuk wanita.

Syarat²:
  • Terbuka untuk semua ahli² dan pasangannya.
  • Ahli bersekutu juga layak untuk sertai.


Kepada semua peserta: 



  • Sila berkumpul di megalanes Arena pada jam 3.00PM tepat untuk pendaftaran.
  • Keluarga atau kawan yang datang bersama ahli dan ingin bermain bersama adalah dibenarkan.
  • keputusan pengadil adalah muktamad.

Marilah kita beriadah sambil mengeluarkan peluh di sana. Komitmen semua peserta yang hadir diucapkan ribuan terima kasih.

"nothing is impossible"



Assalamulaikum, Alhamdullilah setelah di undi dan diteliti, logo dan bendera telah dimuktamadkan dan saya telah untuk tatapan bersama saya telah post kan dlm blog ini untuk penelitian ahli. saya juga akan membentangkan perlembagaan baru yang telah di persutujui secara dasarnya mengenai "benefit" dan keahlian persatuan ini. Di harap ahli dapat menyemak di page perlembagaan untuk membuat komen ataupun cadangan andainya ada. Kami telah bercadang untuk bermesyuarat dalam bulan Februari ini juga dan satu undian akan di buat di lama FBCLUB untuk pemilihan tarikh dan tempat yang sesuai. Di harap ahli dapat memilih tarikh yang paling sesuai untuk hadir oleh kerana "AHLI PERLU HADIR UNTUK TANDATANGAN BORANG KEAHLIAN BESERTA BAYARAN KEAHLIAN" untuk melengkapkan keahlian sebagai ahli persatuan. Satu borang online khusus untuk pencalonan jawatan² tertinggi, AJK² akan di buat untuk semua ahli memilih calon yang di rasakan sesuai untuk jawatan² tertentu di dalam persatuan. Inisiatif ini adalah untuk tidak membelakangkan calon pilihan hati ahli untuk mengisi jawatan AJK KERJA tertinggi untuk penubuhan persatuan ini kelak. InsyaAllah kami akan berusaha demi tertubuhnya sebuat persatuan JTK utk negeri pulau Pinang "nothing is imppossible" admin

Sijil Pendaftaran ROS

Assalamualaikum semua ahli..

       Tanggal 16hb Mac 2012 adalah tarikh bersejarah bagi kita di mana pada tarikh ini tercatatnya satu penubuhan persatuan kita untuk semua juruteknik-juruteknik di Pulau Pinang. Alhamdullilah, AJK penaja yang di lantik sangat komited bekerjasama untuk memastikan pendaftaran ini suatu realiti. Maka pada tanggal tarikh tersebuat sebuah persatuan yg di beri nama PERSATUAN JURUTEKNIK KOMPUTER PULAU PINANG (PENCTAS) terlah di daftarkan dengan no pendaftaran ROS (0566-12-PPG). Maka dengan ini persatuan telah SAH disisi undang-undang dan boleh melakukan aktiviti dengan sah.

Sijil seperti gambar dibawah :



          Menjadi objektif penubuhan PENCTAS, selain dr mengadakan aktiviti ilmu, permainan, amal & sebagainya, kami berazam untuk membantu menubuhkan sebuah kesatuan sekerja di peringkat kebangsaan. ini adalah bertujuan untuk melaksanakan program utk JTK dengan lebih luas lagi serta mudah untuk persatuan bersuara di peringkat yang lebih tinggi. Kami sangat berharap dapat bekerjasama dengan persatuan-persatuan di negeri lain untuk tujuan tersebut.

          Untuk pengetahuan semua, kami ingin mengumpulkan sedang meraka utk mempromosikan persatuan ini agak di ketahui umum. kepada sesiapa yang berminat menjadi ahli. Sila klik di Borang keahlian, kami akan guide anda cara-cara untuk mendaftar. jika ada masalah atau pertanyaan boleh sms 0174312230 (Azrul) personally.

        Di harap ahli2 dr pulau pinang mahupun di seluruh malaysia menyokong persatuan ini dengan harapan dan iltizam untuk membangunkan skim FT17 agar lebih di hormati dan lebih konpetetif dengan skim lain.
Moga Allah permudahkan dan berkati urusan kita, InsyaAllah.

Sekian Terima Kasih

"Nothing is impossible"

Presiden
   
KEJOHANAN BOWLING TERTUTUP PENCTAS

Tempat: Megalane, Megamall 
Tarikh: 28/4/2012
Masa: 3.00PM
Yuran Penyertaan: RM25 (3 game)


** Handicap 5pin/game untuk wanita.


Syarat²:
  • Terbuka untuk semua ahli² dan pasangannya.
  • Ahli bersekutu juga layak untuk sertai.


Hadiah²
  • Hingga tempat ke 5
  • sekiranya 5 teratas di menangi oleh lelaki, maka hadiah no 5 akan diberikan kepada peserta wanita yang mempunyai jatuhan pin yang tertinggi.
  • Sekiranya penyertaan menggalakkan, hadiah akan ditambah.


*** Pendaftaran untuk keahlian PENCTAS juga akan di buka pada hari tersebut, jadi ambilah kesempatan ini untuk melengkapkan keahlian dengan membayar yuran persatuan.

Marilah kita bersama-sama beriadah untuk mengiratkan silaturahim dikalangan ahli PENCTAS dan JTK ... InsyAllah..

sekian terima kasih



KAEDAH UNTUK MEMBAYAR YURAN 

Kepada ahli yang telah mengisi borang online dari blog ini dan tidak dapat hadir ke mesyuarat baru² ini sila buat bayaran melalui cara tersebut. Ini adalah sementara sebelum akaun persatuan dapat di buat secara rasmi.

Kadar yuran : RM30 untuk pendaftaran , RM20 untuk yuran tahunan , JUMLAH = RM50

No. Akaun: 07140107316522 CIMB (MUHAMAD AZRUL BIN AZMI)

Kaedah membayar: Melalui www.cimbclicks.com.my atau CDM machine

Resit: Sila simpan slip bayaran sekiranya melalui CDM dan emailkan reference nombor ke email persatuan, sekiranya buat bayaran melalui internet banking sila masukkan email persatuan untuk rujukan masa membuat "transfer".

Email : kjtkpp@gmail.com

Untuk makluman, semua kutipan melalui akaun ini akan di serahkan kepada bendahari dan saya hanya menggunakan akaun saya untuk permudahkan bayaran sahaja.

Apabila persatuan sudah mempunyai kelulusan dan sijil, maka 1 akaun persatuan akan di buat dan simpanan dan urus selia wang hanya akan di lakukan pd akaun tersebut. 

Di harap mendapat kerjasama semua. Semua yuran yang di kutip adalah untuk aktiviti² persatuan kita akan datang. 

Sekian Terima Kasih

AZRUL

Assalamualaikum..

    Alhamdullilah mesyurat penubuhan penaja telah berjaya diadakan. Kami, barisan AJK penaja yang baru dilantik sgt teruja dan berterima kasih kepada ahli yang berkorban masa demi persatuan kita ini. Kepada yang tidak hadir, insyaAllah mesyuarat agong pertama PENCTAS nnti ahli yang lain di minta hadir beramai-ramai. Walaupun tidak hadir di harap semua dapat memberi sokongan dengan menjadi ahli seramainya sampai tertubuhnya PENCTAS agar kita lebih kuat untuk muncul sbgai persatuan yang sah.

   Penghargaan juga di rakam kepada AJK tidak rasmi (sebelum dilantik) yang bekerja tanpa meminta balasan demi memastikan mesyuarat ini menjadi realiti. InsyaAllah barisan AJK baru akan berusaha sehingga tertubuhnya sebuah persatuan yg dapat membela nasib skim kita agar lebih adil dan di hormati. Kami  AJK2 Penctas ingin meminta ahli agar dpt memberi idea aktiviti, sebarang usaha untuk lebih memurnikan persatuan ini. kami akan masukkan kedalam takwim tahunan penctas untuk dilaksanakan.

   Akhir sekali, kami akan umumkan cara untuk menjadi keahlian & pembayaran keahlian secara online  sedikit masa nanti. Di harap yang belum mendaftar dpt melalukan demikian secara mudah.  Kepada AJK2 baru diharap dapat memberi komitmen untuk penubuhan persatuan dan kita akan bekerjasama agar yang berat dpt diringankan.. InsyaAllah.

sekian

" nothing is impossible "

admin

ATURCARA MESYUARAT PENUBUHAN & PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERSATUAN JURUTEKNIK KOMPUTER PULAU PINANG
(PENCTAS) 25/2/2012 SK KUALA PERAI
________________________________________________________________________

ATURCARA MAJLIS

1.            Pendaftaran Ahli
2.            Bacaan doa
3.            Ucapan aluan Pengerusi
a.       mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat
b.      menerangkan tujuan mesyuarat diadakan
c.       menerangkan matlamat penubuhan persatuan
d.      menerangkan harapan penubuhan persatuan
4.            Resolusi Penubuhan persatuan
a.       Meminta persetujuan ahli untuk menubuhkan persatuan
b.      cadangan dan sokongan ahli mesyuarat untuk pemilihan nama rasmi persatuan
5.            Ketetapan Alamat persatuan
a.       cadangan dan sokongan ahli untuk menetapkan alamat persatuan
6.            Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penaja
a.       melantik presiden, timbalan presiden, bendahari, naib bendahari, setiausaha, naib setiausaha & AJK (8org mengikut daerah)
7.            Menyemak dan Meluluskan Perlembagaan persatuan
a.   membentangkan kandungan perlembagaan
b.      persetujuan ahli untuk menggunapakai perlembagaan yang dibentangkan
c.       cadangan penambahbaikan perlembagaan
8.            Hal-hal lain
a.       Usul-usul dari ahli.
9.            Bersurai.


Logo PENCTAS

Keterangan Rekabentuk Logo :

Warna biru melambangkan warga (PENCTAS) yang mahir dalam bidang teknikal sistem ICT yang berteknologi tinggi.

Warna Hitam melambangkan warga (PENCTAS) yang punyai semangat bersaing, komited, berdedikasi dan professional.

Warna kuning melambangkan kesetiaan, kejujuran dan berakhlak tinggi dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan.

Warna putih pula melambangkan ikatan ukhwah yang rapat sesama ahli  untuk melahirkan insan yang berketerampilan, berjati diri tinggi dan bersifat profesional.

Simbol berbentuk Jambatan Pulau Pinang adalah melambangkan ahli adalah terdiri daripada pegawai yang berkhidmat di seluruh Pulau Pinang


Simbol 2 orang berenang bermaksud ahli simbolik ahli bersedia menerima cabaran mendatang dan arus teknologi yang mencabar.


Simbol komputer adalah asas kepada perkhidmatan setiap ahli yang merupakan seorang Juruteknik Komputer yang mahir.


Nota: Logo adalah sumbangan kreatif dari Encik Mohd Azlan bin Md Fadzil dan Sang Saka Malaya 

Assalamualaikum,

      Terima kasih kepada semua ahli penctas yang mengundi untuk tarikh dan tempat mesyuarat. Di sebabkan faktor kewangan dan teknikal dalam undi poll link , kami telah membuat keputusan untuk menetapkan tempat mesyuarat adalah seperti berikut:-

Tempat:  SK Kuala Prai, Butterworh.
Tarikh:    25hb Feb 2012
Masa:l     10Pagi

      Suka di ingatkan sekali lagi bahawa semua ahli yang mendaftar melalui online wajib hadir untuk menandatangani borang & membayar yuran sebanyak RM50 (RM30 pendaftaran | RM20 yuran tahunan ) untuk melengkapkan keahlian penctas. Demi untuk menubuhkan persatuan diharapkan kita dapat hadir beramai-ramai. Juga di jemput kawan² yang belum mendaftar online tapi mahu mendaftar juga boleh berbuat demikian di mesyuarat nanti. Borang keahlian akan dibekalkan di sana.

      Akhir sekali , kami ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan² yang sudi memberi kerja sama dan harap dapat di teruskan demi persatuan ini. InsyaAllah sesuatu perkara yang baik akan dipermudahkanNya.

sekian

"nothing is impossible"

admin


Koordinat GPS:   N05°  23.199 '  ,   E100° 245'


peta ke SK Kuala Prai


Assalamualaikum

Alhamdullilah setelah diteliti dan di undi, secara rasminya kami telah memilih sebuah logo sumbangan kreatif oleh ahli kita, diucapkan terima kasih di atas kerjasama.

Kami akan membuat satu undian tarikh dan tempat untuk bermesyuarat dalam bulan Februari ini dan di harap ahli dapat memilih tarikh & tempat yang paling sesuai untuk hadir. Harus di ingatkan bahawa " AHLI PERLU HADIR UNTUK TANDATANGAN BORANG  & MEMBAYAR YURAN KEAHLIAN" untuk melengkapkan pendaftaran sebagai ahli persatuan.

Kami bercadang untuk mewujudkan satu mekanisma pecalonan calon melalui online. Ahli di beri peluang untuk memilih sendiri siapa yang sesuai untuk jawatan tertinggi dan AJK² kerja untuk menubuhkan persatuan ini. kami akan membuka pencalonan tersebut selepas tarikh dan tempat mesyuarat telah di tetapkan. Di harap dengan cara ini ahli dapat melantik calon yang di rasa sesuai untuk kerja penubuhan persatuan ini.

Secara dasarnya, kami telah bercadang untuk menetapkan yuran keahlian tahunan sebanyak RM20 dan bayaran pendaftaran sebanyak RM30 (sekali seumur hidup). Namun jumlah ini tertakluk kepada perubahan ketika bermesyuarat nanti.

Kami dengan ini akan publish perlembagaan yang lengkap termasuk, keistimewaan yang akan ahli dapat sekiranya menjadi ahli persatuan dan di harap segala cadangan dan penambah baikan dapat di cadangkan untuk kesesuaian fasal tersebut. Sebarang cadangan dan komen boleh di panjang kan ke email kjtkpp@gmail.com.

Di bawah ini kami bentangkan bendera, logo beserta makna simbol yang telah di pilih untuk tatapan ahli.
Bersama kita terus bersatu dan terus bekerja sama.

"nothing is impossible"

admin

BENDERA




LOGO



Warna biru melambangkan warga (PENCTAS) yang mahir dalam bidang teknikal sistem ICT yang berteknologi tinggi.

Warna Hitam melambangkan warga (PENCTAS) yang punyai semangat bersaing, komited, berdedikasi dan professional.

Warna kuning melambangkan kesetiaan, kejujuran dan berakhlak tinggi dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan.

Warna putih pula melambangkan ikatan ukhwah yang rapat sesama ahli  untuk melahirkan insan yang berketerampilan, berjati diri tinggi dan bersifat profesional.

Simbol berbentuk Jambatan Pulau Pinang adalah melambangkan ahli adalah terdiri daripada pegawai yang berkhidmat di seluruh Pulau Pinang


Simbol 2 orang berenang bermaksud ahli simbolik ahli bersedia menerima cabaran mendatang dan arus teknologi yang mencabar.


Simbol komputer adalah asas kepada perkhidmatan setiap ahli yang merupakan seorang Juruteknik Komputer yang mahir.


Nota: Logo adalah sumbangan kreatif dari Encik Mohd Azlan bin Md Fadzil dan Sang Saka Malaya 

Assalamualaikum..

      Alhamdullilah, kami telah mendapat penyertaan ahli yang agak menggalakkan sejak akhir-akhir ini, diharap semua ahli yang mendaftar dapat memberi komintmen untuk menubuhkan satu persatuan demi semua juruteknik-juruteknik di seluruh Pulau Pinang.
      Adalah menjadi harapan kami, bukan sekadar JTK² dari KPM sahaja yang menyertai persatuan ini. JTK² dr jabatan-jabatan lain juga di alu-alukan mendaftar. Biarpun kita berlainan jabatan tetapi hakikatnya kita sama dari segi tugas dan kelayakan dan perlu perjuangkan apa saja keperluan JTK di peringkat yang lebih tinggi.
      Untuk infomasi semua ahli, kami akan mengadakan mesyuarat AJK penaja sebelum menubuhkan satu organisasi yg di panggil "Persatuan Juruteknik Komputer Pulau Pinang" dan akan berdaftar dengan Pendaftar Petubuhan (ROS). Kami akan memanggil mesyuarat sedikit masa lagi.
      InsyaAllah, moga di permudahkan olehNya, kita sama-sama membantu dan memberi kerjasama untuk merealisasikan perkara ini. Marilah kita bersatu untuk suara yang lebih lantang di peringkat lebih tinggi.

Kami mengalu-alukan komen berguna yang boleh di tulis terus di dalam blog ini atau melalui email kjtkpp@gmail.com.

"nothing is imppossible"

admin

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana sudi melawat blog Juruteknik Komputer Pulau Pinang..

Saya sebagai admin mengalu²kan sebarang cadangan & komen demi mempertingkatkan mutu penyampaian di blog ini. Adalah menjadi matlamat kami agar dapat berkongsi informasi, makluman & panduan mengenai kelab/persatuan amnya dan untuk Juruteknik umumnya.

Kami sekarang sedang mengumpul seramai ahli yang boleh untuk mendaftar persatuan ini agar menjadi sah di sisi undang-undang. Jadi saya meminta jasa baik semua untuk mengisi borang pendaftaran ahli.

Sebarang pertanyaan, maklumbalas, cadangan atau komen boleh dipanjangkan di email kjtkpp@gmail.com yang akan di kawal selia oleh saudara khairol Rijal (odai) & Zamani (manai tantari) sebagai admin/moderator.

Teruskan membantu dan bekerjasama demi kebaikan semua JTK diseluruh Pulau Pinang & seterusnya seluruh Malaysia.

"nothing is imppossible"

Sekian,
Azrul

Pesanan

Pihak Webmaster tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.