Social Icons

Showing posts with label Aktiviti PENCTAS. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti PENCTAS. Show all posts

KURSUS BASIC NETWORK & MAINTANANCE

Tanggal 11 & 12 oktober 2012, PENCTAS dengan kerjasama Unit Latihan dan Kemajuan Staf (ULKS) JPN Pulau Pinang telah mengadakan kursus untuk Juruteknik-Juruteknik Komputer. Ini adalah satu inisiatif PENCTAS demi kebajikan ahli-ahli untuk melengkapkan kalender kursus disamping dapat menimba dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan sejawatan.

Kursus telah di adakan di PPD Seberang Perai Selatan (Jawi, Nibong Tebal), menyaksikan seramai 62 orang telah di pilih untuk menyertainya.

Kami telah merangka 1 modul yang berlainan seperti kursus-kursus sebelum ini dengan mengambil kira input dari kawan-kawan JTK yang mahukan kursus. Di antaranya ialah, modul yang tidak membosankan , mudah di fahami, 'hands on' , semua terlibat secara langsung. Jadi kami telah merangka modul-modul yang telah melibatkan semua individu.

Selain dari hanya mendengar & belajar , matlamat kami dalam kursus ini adalah untuk melatih 'self-confident' semua JTK2 agar dapat menjadi tenaga pengajar suatu hari nanti. Adalah menjadi matlamat kami untuk meningkatkan skill & keupayaan JTK utk bersaing dan menjadi JTK yang berkemahiran dari segenap segi.

Rangka kursus adalah seperti berikut:-

Slot 1: Asas Rangkaian

Slot 2: IP Address

Perbentangan Berkumpulan

1:  AKSES POINT

2.  REPEATER

3. BRIDGE

4. CORESWITCH

5.  STATIC IP & DHCP

6. SERVER

7. VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE)

8. COMMAND PROMPT

9. CLOUD

10. TROUBLE - SHOOTING NETWORK

PENCTAS akan berusaha untuk mencari modul-modul latihan yang mempunyai level tinggi untuk latihan semua JTK2 di masa akan datang. Kami juga akan berusaha bekerjasama lagi dengan BTPN, ULKS, JPNPP, Kolej Komuniti, ILP & agensi-agensi lain untuk latihan ahli PENCTAS semua.

Tahniah kepada peserta yang menyertai dan memberi perhatian dalam kursus ini. PENCTAS berharap agar kami dapat menganjurkan lebih banyak lagi kursus demi semua JTK di Pulau Pinang. Sesungguhnya, sokongan kuat dari ahli sangat2lah di harapkan agar PENCTAS dapat meneruskan agenda memperjuangkan nasib ahli-ahli. Bila bersatu kita akan terus maju.

"Nothing is Impossible"

Presiden

CORESWITCH





























Majlis Berbuka Puasa PENCTAS 2012

Tema: Lelaki - Baju Melayu atau Baju Batik / Perempuan - Baju Kurung atau Baju Kebaya.

Tempat: HOTEL SERI MALAYSIA PENANG, No.7, Jalan Mayang Pasir 2,

Bandar Bayan Baru, 11950 Pulau Pinang.

Tarikh: 4 Ogos 2012 (Sabtu)

Bayaran: Dewasa: RM 30 (seorang) / Kanak-kanak: RM20 (seorang)


Aturcara iftar penctas 2012
600pm: Ahli2 mula berkumpul di hotel seri Malaysia, bayan baru.
630pm: Pendaftaran
650pm: Ahli mengambil makanan & minuman
736pm: Bacaan Doa makan dan berbuka puasa oleh En. Mohd Nawawi bin Wahid.
830pm: Ucapan terima kasih dari Presiden dan penutup





















Majlis Perkahwinan PG0015 MUHAMMAD NOR BIN JAKARIA


Tahniah dan Selamat Pengantin Baru dari warga PENCTAS kepada PG0015 MUHAMMAD NOR BIN JAKARIA atau nama penanya di FB: 

Muhammad Noor


Tarikh: 03/06/2012











Terima kasih pada yang dapat hadir meraikan kehadiran ahli baru keluarga PENCTAS.. 

Semoga hubungan antara ahli keluarga PENCTAS akan semakin kukuh dalam mencapai misi & visi PENCTAS..

Konvoi Majlis Perkahwinan Ahli PENCTAS

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru dari warga PENCTAS kepada SHAH AFFENDI BIN IBRAHIM (PG0018) atau nama penanya di FB: Bang Brahim

Tarikh: 13/05/2012

Tempat: Tapak Ekspo Seberang Jaya

Berkumpul jam 2.00 petang di Petronas Seberang Jaya dan bertolak jam 2.30 petang bersama konvoi dari gsrforum.net ..

Terima kasih pada yang dapat hadir meraikan kehadiran ahli keluarga baru PENCTAS.. 

Semoga hubungan antara ahli keluarga PENCTAS akan semakin kukuh dalam mencapai misi & visi PENCTAS..














Pesanan

Pihak Webmaster tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.